” Tengok apa aku ajar budak-budak ini.. “
Farah Lee Kongsi Video Berada Di Lilongwe, Malawi. Part Ajar Orang Afrika Cakap Bahasa Melayu Tu Paling Rare!!
Farah Lee, atau nama sebenarnya, Nurfarahin binti Romli yang tidak asing lagi dalam media sosial hari ini. Merupakan bekas isteri pengacara TV, Ally Iskandar itu mula menjadi perhatian netizen sejak pasangan ini sah berp1sah pada tahun 2016.
Farah Lee juga merupakan pemilik jenama pakaian Omma & Essabel. Beliau dilihat sebagai seorang ibu tungg4l yang bijak, berdikari dalam membesarkan Maream walaupun di usia yang masih muda. Mempunyai kelayakkan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, South Korea.
Hasil perkahwinan bersama Ally Iskandar terdahulu, beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Maream Esabel yang kini berusia 5tahun. Setelah berp1sah, Farah Lee telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran.
Beliau memilih United Kingdom sebagai negara untuk menyambung pelajarannya dalam bidang MA in Childhood Studies. Beliau juga turut membawa anaknya menetap disana untuk beberapa tahun. Menuntut ilmu di negara asing bersama anak yang kecil dengan seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah bagi kita. Namun bagi beliau, adalah satu perkara biasa.
Terbaru, menerusi instagram Farah Lee, beliau yang kini berada di Lilongwe, Malawi, Afrika telah berkongsi satu video bersama pelajar-pelajar disana. Dalam video tersebut, beliau telah mengajar pelajar-pelajar tersebut bercakap dalam bahasa Melayu.
Ikuti perkongsian Farah Lee tersebut dibawah :
” Tengok apa aku ajar bebudak ni.. These kids are Bikema form 4 students, they are so cool and cheerful ! I love hanging out and having chats with them Mohammad is my fave student.. “
” After F4 dorang akan masuk university, but most of them walaupun selected, tak teruskan sebab tak mampu nak bayar tuition fee etc. Heartbreaking kan .. Hopefully lah my visit gave them inspiration to keep seeking knowledge.. “
” Lilongwe, Malawi : 031219 .. “
MAYBANK
Acc No: 5122-6853-4093
Name : Nurfarahin Romli
” More info at @fl.childrity or website https://www.gofundme.com/f/africa-innovation
#FLhopes #FLjenjalan #FLinMALAWI #charity #humanitarian.. ”
Rata-rata peminat terhibur dengan video yang telah dikongsikan oleh Farah. Melihat gelagat mereka yang minat untuk mempelajari lain bahasa. Antara komen-komen netizen tersebut :
” Seronoknya tgok gelagat depa.. “
” Sya doa kan moga suatu Masa dia org akan berjaya smua nya.. “
” Bagusnya dorg ni cpt bljr. Omma jgn ajar slang pelik2 tau.. “
” Comelnya pe’el depa.. Moga berjaya dunia akhirat, tercapai apa yg diimpikan.. “
” May Allah ease your good intentions kak farah ! Always inspire me.. “
” Sis terhibur.. May Allah bless your journey.. “
Wahh pandai betul pelajar-pelajar ni bercakap dalam bahasa Melayu. Tak kurang juga Farah Lee yang sudah pandai bercakap bahasa asing. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, berdoa semoga segala urusan Farah Lee disana dipermudakan. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..