” Adoi baru tengah excited tengok, sampai yang last terus mur0ng.. “

Aeril Zafrel Kongsi Video Hasil Daripada Aplikasi How I Change. Tak Sangka Gambar Yang Last Tu Muka Orang Lain Yang Keluar. Serius Kelakar !!

Diberi nama Suhairil bin Sunari, pemilik wajah kacak ini lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel. Dilahirkan pada 2 disember 1988 bertempat di Sg. Kluang Rengit, Batu Pahat Johor. Aeril merupakan anak keempat daripada 5 orang adik beradik. Memilih kerjaya sebagai model dan pelakon, Aeril mula mencari ruang untuk menempatkan dirinya di industri tanahair.

Nama Aeril mula dikenali menerusi watak Affendi di dalam siri Kisah Kaisara musim pertama. Kepopolaritinya semakin bertambah apabila drama lakonan nya berjudul Cinta Jannah melet0p-let0p dan mendapat ranking tertinggi tontonan penonton. Sebagai anak seni, pencapaian terbaik buat Aeril apabila dinobatkan sebagai pelakon lelaki telenovela terbaik pada tahun 2018.

Di dalam kehidupan peribadi, Aeril memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi Wawa Zainal yang juga pelakon di bawah syarikat yang sama Aeril bernaung. Mereka berkahwin pada tahun 2013 secara rahsia dan hasil pernikahan ini, Aeril dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Attar, Hayla dan Ayya Soffya.

Menerusi akaun Instagram, Aeril mempertontonkan video hasil dia mencuba applikasi yang tular di kalangan netizen iaitu #howichange. Ketampanan Aeril ni memang nyata dari awal remaja rupanya. Tapi yang menbuatkan netizen tergelak besar apabila melihat hasil terakhir muka Aeril di akhir video.

Jom tengok video Aeril dibawah :

” Nak try buat jugak la .. #howichange ” 

View this post on Instagram

Nak try buat jgak la 😊😊 #howichange

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Rata-rata peminat tergelak dan terhibur melihat video tersebut. Antara komen-komen peminat :

” Kuat nyaa jodoh korang , muka pun nak seakan.. “

” Wehhh.. hat last tu serius lawak.. “

” Hahahahahahahha hat last tu dh kenapa ? Murungg terusss tengok.. “

” Nape muka last tu ekk?? Hahahahah.. “

” Ya Allah part last tu dah kenapaa ??? Hahahaha.. “

” Haha 18 kali aku ulang tapi yang ke-19 aku tetap ulang jugak sebab aura ending dia lain maciem haha.. “

” Dah kenapa last tu jadi sis you know what you meant.. “

” Masya Allah.. Dea punya aura lain macam.. “

” Adoi baru tengah excited tengok, sampai yang last terus murung.. “

Terhibur betul melihat perkongsian Aeril ni. Mesti terfikir-fikir apa la persamaan antara dua orang ini sampai applikasi tersebut melihat mukanya  seakan-akan sama dengan Aeril. Apa-apa pun #howichange ini betul-betul boleh buat netizen pec4h perut ketawa.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Aeril dan moga tidak berubah kepada imeg baharu seperti di video last.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Aeril Zafrel by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..