” Tapi bila teringat badan mengembang macam nasi kandaq tu jugak, pikiaq 3 kali haihh .. “
Faezah Elai Tak0t Gem0k, Tapi Lapar Nasi Kandar. Part Kapsyen Lograt Utara Tu Paling Semp0i !!
Pelak0n dan model wanita Malaysia, Faezah Elai atau nama penuhnya, Noor Faezah binti Md Elai yang juga berketurunan Punjap dan Thai ini berasal dari Gelugor, Pulau Pinang. Beliau juga merupakan isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah.
Sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun, pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata perempuan yang bernama, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna. Faezah Elai juga turut menjaga tiga lagi anak tiri beliau iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam hasil perkahwinan suami beliau dahulu.
Tidak lekang dengan senyuman, Faezah Elai juga seorang yang peramah. Beliau juga pernah membintangi filem arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007 menerusi filem Otai. Selain daripada itu, beliau juga pernah membintangi seri drama televisyen Sutera Maya yang disiarkan di TV3.
Menerusi instagram, Faezah Elai telah berkongsi gambar yang kini sedang bercuti di Pulau Pinang. Dalam perkongsian gambar tersebut, beliau menyatakan keinginan untuk ke sebuah kedai nasi kandar, tetapi memikirkan takut gemok, beliau menjadi serba salah untuk makan. Alahai kelakar lah Faezah ni..
Baca perkongsian Faezah Elai dibawah :
” Bila dh kt penang terasa nk pi nasi kandaq rafee.. Tp bila teringat badan mengembang mcm nasi kandaq tu jugak, pikiaq 3 kali.. haihh.. Lani mcm mana? Should i or shouldn’t i.. ka meteked4rah dulu nanti pikiaq lain.. “
” Gambaq ni adik ipaq hakak yg ketot tu amik sbb tu angle camera tu kt bwh.. @halenahanifah .. “
Rata-rata peminat terhibur dengan luahan pelakon tersebut yang merasa serba salah untuk makan nasi kandar tersebut atau tidak kerana tak0t gemuk. Antara komen-komen netizen :
” Makan ja, rugi ada penang xpekena, nyes4l blkg kira .. “
” Mkn jaa.. Esok2 diet len.. Hahaha “
” Bik pi mkn.. Satgi kempunan si42 … Badan Selim melim nk diet apa cek oi .. “
” X gem0k mana aiihhh mkn nasi kandaq tu.. “
” Pergi la makan.. Anda masih kategori badan melet0ps mummy hot lg.. Jangan bg sy jeles please.. “
” Pekena seround dulu br t0bat kemudian.. “
Alahai.. Beruntung orang jenis berbadan kecil macam Faezah Elai, makan banyak- banyak pun tak akan nampak gem0k. Makan sajalah, nanti teringin susah pula. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Faezah Elai sekeluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Faezah Elai by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..