” Tapi bila rezeki tu ada, mesti niat aku akan terbant0t.. “
Ajak Shiro Kongsikan Cerita Sedih Di Sebalik Hadiah Hari Jadi Yang Tidak Dijangka Dari Isterinya Afifah Amin. Sungguh Mata Masuk Habuk Bro !!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelawak Ajak Shiro sudahpun menempatkan namanya sebaris dengan pelawak-pelawak tersohor tanahair. Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi bin Razak merupakan anak kelahiran Kluang Johor.
Penampilannya mula dikenali menerusi kumpulan lawak diberi nama Shiro bergandingan dengan Shahrol Shiro. Ajak telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang guru bernama Afifah Amin dan sehingga kini telah dikurniakan tiga orang cahayamata.
Sebelum bergelar artis, Ajak adalah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Demi untuk masa depan keluarga kecilnya ini, Ajak tekad untuk menukar profesionnya. Maka bermulalah episod sebagai artis di dalam kehidupannya itu.
Menerusi akaun Instagram, Ajak Shiro telah berkongsikan video kejutan hari jadinya yang dirancang oleh isterinya Afifah Amin. Apa yang menarik, hadiah yang diberikan untuknya menjadi kej0tan yang tidak dijangka. Impian yang tersemat bertahun lama untuk memiliki sebuah motor berkuasa besar, Triump akhirnya tercapai !
Jom baca perkongsian di bawah :
” Sebenarnya aku dah 3 tahun idamkan motor ni.. Jadi aku usaha kumpul duit pelan-pelan.. Tapi bila rezki tu ada, mesti niat aku akan terbant0t.. Sebab aku akan utamakan keperluan untuk keluarga dulu.. “
” nBukan poyo, tapi sebab aku Bapa.. Keinginan aku kena letak tepi… Pernah sekali tu aku dah sentuh moto ni.. Lepastu aku lepaskan balik bila aku dengar harganya.. ”
” Mungkin sesetengah orang lain rasa benda ni murah.. Tapi aku yang asalnya keje gomen, dan tahu duit susah nak cari, aku rasa yang moto ni mahal.. Ramai kawan tau aku suka moto ni.. Tapi aku cuma bercerita.. “
” Bila dia orang tanya bila Jak nak keluar moto? Aku cuma senyum je.. Kalau aku tak fikir anak-anak.. Dah lama aku beli. Tapi Alhamdulillah Bini aku hadiahkan aku moto ni dan memang tak sangka langsung sebab aku dah mula lupakan pelan-pelan niat nak beli moto ni.. “
” Syukur.. Alhamdulillah terima kasih Allah kau kurniakan aku Isteri dan anak-anak yang hebat ni untuk bahagiakan aku didunia ni.. Terima kasih sayang @afifahamin sebab hadiahkan Baba moto ni.. “
” Dulu Baba beli moto Honda petak signal pat4h. Harga 700 bayar 4 kali untuk bawak awak.. Tapi sekarang tak lagi.. Ini semua berkat Doa seorang isteri untuk suaminya… Teruskan doa untuk Baba.. Dan Baba akan jaga kita.. “
Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian Ajak ini. Antara komen-komen netizen :
” Selamat hari lahir @ajakshiro.. Moga Allah limpahkan rezki banyak untuk hang dan keluarga.. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aminnn.. “
” Muka nk nangis tu bro.. Hahahahahaha.. Happy bornday bekas pertahanan negara.. “
” Terbaik abang ajak. Pentingkan keperluan keluarga dari diri sendiri . Inspirasi.. “
” Sweet… Hadiah istri buat suaminya yang paling sweet.. Moga bertambah rezeki ajak shiro sekuarga.. “
” Suka tengok ajak layan family, moga terus dimurahkan rezeki dan bahagia di samping anak isteri tercinta.. “
” Touching pulak baca.. “
” I wanna cry.. Happy birthday baba.. “
” Mata masuk habukkkkk!.. “
Besarnya peng0rbanan seorang suami dan ayah untuk membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga,namun kasih ayah kekal bahagia. Peng0rbanan yang jarang terlihat di pandangan mata adalah peng0rbanan seorang ayah.
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Ajak dan semoga Ajak sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta kebahagiaan berpanjangan bersama keluarga tercinta. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro, IG Afifah Amin by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..