” Takkkan adik beradik atau kakak dan adiknya pula kan wak.. “

Rozita Che Wan Kongsi Gambar Bersama Suaminya Zain Saidin Yang Romantis Ala-Ala Pengantin Baru, Namun Respon Che Ta Di Ruangan Komen Buat Peminat Gel1 Hati. Lawak La Che Ta Ni !!!

Siapa tidak kenal pemilik wajah jelita Rozita Che Wan. Kecantikannya tidak dapat disangkalkan lagi dan sentiasa nampak muda dan menawan. Pelakon,pengacara dan usahawan berjaya ini berjaya mencur1 hati peminat seni tanahair melalui lakonannya yang lucu dan penuh jenaka.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta sering menjadi tumpuan peminat tidak hanya kerana perkembangan seninya malahan juga cerita-cerita sensasi kehidupannya yang penuh dengan glamour. Umum mengetahui Che Ta telahpun mengahwini pelakon kacak Zain Saidin pada 13 Disember 2013.

Perkahwinan yang penuh gilang gemilang dan sensasi pada ketika itu kerana mewahnya sehingga mencecah nilai RM13 juta tajaan untuk majlis ini. Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan diberi nama Aaisyah Dhia Rania Zain.

Menerusi akaun Instagram, Che Ta telah berkongsikan beberapa keping gambar beliau bersama suaminya Zain Saidin semasa majlis pernikahan Sasha Saidin. Yang menarik adalah kapsyen Che Ta itu sendiri yang buatkan peminat tertawa dan terhibur.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Laki bini @zainsaidin23.. “

Rata-rata netizen memuji pasangan ini yang sangat romantik. Antara komen-komen netizen :

” Alahhhh bersemutttttt.. “

” Nakaii , hehe semoga bahagia selalu.. “

” Sape yang kawen sebenaqnyaa ni.. Che ta alwaysss let0pp !!.. “

” Macam pengantin baru plak.. “

” Beautiful couple!.. “

” Awat suwit sangat ni hempa.. “

” @rozitachewan1 so sweets sangat che ta. Semoga kekal bahagia sehingga ke Syurga saya doakan.. “

” So sweet beautiful loving couple.. “

Namun terdapat komen yang buat peminat tertawa dengan jawapan Che Ta :

Pasangan ini sememangnya tak pernah tak bersemut. Walaupun jurang umurnya berbeza, Che Ta dan Zain berjaya membuktikan usia bukanlah halangan untuk bahagia. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan Che Ta sentiasa bahagia dan dilindungi Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..