” Takkan lah awak nak pakai baju lanun ni pergi jalan-jalan anak oii.. “

Siti Sarah K0ngsi  Gambar Anaknya, Uwais Mengam0k Nak Baju Lanun. Layankan Sajalah Sarah !!

Siti Sarah binti Raissuddin atau lebih di kenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 dan kini berusia 35 tahun. Merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon. Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga pernah mendapat anugerah ” Artis Baru Terbaik “, ” Album Pop Terbaik “ dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003″ . Siti Sarah juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Awais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Beliau juga mula bertudung sepenuhnya pada bulan Mei 2018 dan sekarang pasangan ini juga sibuk dengan menguruskan beberapa perniagaan mereka.

Menerusi isntagram, Siti Sarah bersama anak-anaknya sedang mencari pakaian baru untuk mereka sekeluarga . Namun, ketika memilih pakaian, anaknya yang pertama inginkan pakaian yang bertemakan lanun. Paling kelakarnya, Siti Sarah juga memberitahu bahawa anaknya, Awais mengam0k kerana inginkn juga baju itu.

Ikuti perkongsian Siti Sarah di bawah :

” Mengam0k nak kan baju ni.. kite kata cari baju untuk pegi jalan2 .. takkan la awak nak pakai baju lanun nak pegi jalan2 anak oi.. “

Rata-rata netizen terhibur akan gelagatnya anak sulung Siti Sarah itu. Antara komen-komen tersebut :

” Nsb x mintak baju koboi dalam babak cita p,ramlee masam2 manis.. “

” Semangat cuti, idea kreatif dia lain macam sikit.. “

” Bakat lawak dari ayah dia dah nampak turun kat siapa.. “

” Hehehe comel.. “

” Creative tuuu.. “

” Tak pa la janji dia happy.. “

Hehe.. kelakar betul Awais ni. Layanakan jalah sarah.. Budak-budak sekarang memang kreatif daripada kita. Pemikiran mereka pun sekarang dah diluar jangkaan kita. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Siti Sarah serta keluarga sentisa dimurahkan rezeki dan segala urusan dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..