” Takde ke retis ment0r nak ambik dia jadi pr0tege.. “
Video Nyanyikan Lagu ‘Happy Birthday’ Untuk Rakan Sebilik Sempena Hari Lahirnya. Siap Nada Bertaranum lagi, Mantap !!
Zamam belajar adalah zaman yang paling banyak kita bersama-sama rakan-rakan. Selepas habis belajar, pasti semua akan ada komitmen masing-masing, tanggungjawab masing-masing, dan akan lebih fokus pada keluarga. Sudah tentu diantara kita semua merindui zaman tersebut.
Menikmati bersama rakan seperjuangan dalam mengejar sebuah kejayaan adalah satu memori yang paling indah. Anda tidak percaya? Cuba anda ingat semula kenangan-kenangan bersama rakan-rakan anda, pasti ada memori yang anda tidak lupakan.
Mendapat rakan-rakan yang baik adalah satu nikmat yang kita perlu syukuri. Bersama-sama dalam saat susah senang adalah patut kita hargai, hal ini kerana kita lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan-rakan kita lebih-lebih lagi pada mereka yang menetap di asrama.
Zaman ini akan tercipta segala kenangan manis dan pahit. Tapi yang pasti akan menjadi satu memori yang tak akan kita lupakan sampai bila-bila. Mendapat rakan-rakan yang menghargai kita bersama-sama, hargailah mereka. Apabila masing-masing tamat belajar, belum tentu lagi kita akan berjumpa dan bersama-sama lagi.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Terkini, melalui instagram dari memes _ pu4ka telah berkongsi satu video dimana seorang lelaki telah menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buat rakan sebiliknya. Video tersebut telah menjadi viral dan ditonton lebih 24,010 ribu orang.
Baca perkongsian tersebut dibawah :
” Takde ke retis mentor nak ambik dia jd protege?.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan nyanyian lelaki tersebut. Ramai memuji kerana mendapat rakan sebilik seperti itu. Antara komen-komen netizen :
” Aq igt dia bertaranum ayat ape.. Rupanya happy bufday.. Suara best.. “
” Hargailah zaman ini.. nnti dah kerja. Bawak haluan masing².. payah dah. Rindu plak rasa .. “
” Bedekahhhh weh bahahahahaha.. “
” HAHAHAHAHAH ASAL SEDAP SANGAT DENGAN TARANNUM PASTU MASUK IRAMA MELAYU SIKIT.. “
” Comeynye pt mmber cmni hahaha.. “
” Tegak dah macam nyanyi lagu negaraku. “
Aduh! kelakar betul. Bertuah adik dapat rakan sebilik macam ni, siap menyanyi depan katil sempena hari lahir. Apa apa pun kami dari Berita Kopak dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat adik, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dan belajar elok-elok, semoga berjaya. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Memes_ pu4ka by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..