” My vitamin, tolong jangan tengok part last video ni.. “

Dato’ Aliff Syukri Kongsi Videonya Beraksi Ala-Ala Babak Filem ‘ Titan1c ‘ Bersama Datin Shahida Menghiburkan Netizen. Part Akhir Tu Lawak G1la !!

Jutawan kosmetik terkenal di Malaysia, Dato’ Aliff Syukri gemar berkongsi video-videonya di akaun media sosialnya. Apa sahaja aktiviti harian serta keluarga sering beliau kongsikan untuk tontonan umum. Tambahan pula gelagatnya yang kelakar dan bersahaja amat menarik perhatian netizen.

Sehingga kini akaun Instagram Dato’ Aliff iaitu Aliffsyukriterlajaklaris mempunyai seramai 3.6 juta orang pengikut. Malah beliau juga turut mewujudkan akaun Instagram untuk kesemua anak-anaknya. Setiap hari pasti ada video baru dari Dato’ Aliff yang menghiburkan.

Dato’ Aliff telah berkahwin pada umur 20 tahun dengan Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu. Pasangan ini dikurniakan dengan 4 orang anak dan bakal menyambut kelahiran anak yang kelima. Mereka turut membela seorang anak angkat perempuan.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff berkongsi videonya bersama isterinya, Datin Shahida berada di atas kapal layar. Pasangan ini membuat babak ala-ala filem ‘Titanic’. Amboi, bukan main romantik Dato’ Alif dan isteri. Namun part akhir video tu kelakar habis.

Tonton video di bawah :

” My vitamin tolong jangan tngok part last vedio ni. Video ini adalah lima hari seblum isteri abg nak beranak @shahidadherbs  tukang kipas my bodyguard @ajimkecikkk tukang edit vedio ni @basti_hassanudin. apa perasaan korang bila tengok video ini. “

” Part last sekali sila komen di bawah dan tag couple korang . Untuk melihat video penuh percutian abg paling mewah dgn famly.. ini korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Sabar je datin.. Semoga dato dan datin kekal hingga ke jannah.. “

” Suka sgt tgk dato dan datin.. Sweet je.. “

” Lawak sgt.. Apa pun dato dan datin tu sy suka.. “

” Lawak la dato.. Tk pyh.tgk maharaja lawak.. Tgk aksi dato pun dh kelakar.. “

” Banyak lak semut dlm ig.. Semut yg manis ting ting.. “

” Muka datin redha je layan perangai dato.. “

” Sweet sgt… Jap lg nak layan titanic la.. “

Bagus Datin Shahida ni melayan juga perangai suaminya. Sama-sama boleh ‘masuk air’. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan Dato’ Alif dan isteri berkekalan sehingga akhir hayat dan semoga dipermudahkan urusan bersalin Datin. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..