” Tak tahu kenapa sed1h, ucapan tu hanya BFF je yang faham.. ” – Netizen
Video Ucapan Istimewa Daripada BFF Mira Filzah Di Hari Resepsinya Yang Cukup Bermakna. Bila BFF Yang Selalu Bersama Dengan Mira Berkata-Kata, Sampai Seb4k Kedua-Duanya. Friend Forever !!Β
Kemeriahan majlis resepsi pertama Mira Filzah semalam sungguh terasa. Mira dan Emir yang sama cantik sama padan ini kelihatan gembira di majlis meraikan mereka ini. Majlis ini dihadiri sanak saudara kedua mempelai, rakan artis serta pihak media.
Arah Mana Syurga, itu ungkapan pasangan ini yang sering menjadi hashtag mereka. Keindahan pelamin singgahsana dan dekorasi dewan oleh wedding planner, Reka Teemor membangkitkan suasana. Teknologi kinetik dan led bersama kreativiti Reka Teemor menjayakan ‘The Midnite Sky‘ dan hasilnya cukup luar biasa.
Selain acara makan beradap dan memot0ng kek, acara ucapan daripada pihak ibu bapa pengantin, adik beradik Mira dan pengantin sendiri turut dijalankan. Anak saudara Mira bernama Umar iaitu anak kepada kakak sulungnya Ain Farhanah turut memberikan ucapan yang membuatkan seluruh dewan ketawa.
Menerusi akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan ucapan khas daripada sahabat baik Mira bernama Farha. Ucapan Farha buat Mira tersenyum namun kedengaran seb4k dalam getar suaranya itu. Sweet je wish Farha untuk Mira siap memuji Emir lagi.
Jom tonton video di bawah :
Ucapan Farha ini menarik perhatian netizen. Bestfriend pun seb4k bila Mira sudah bergelar isteri. Antara komen-komen mereka :
” Knpe mata aku brair tengok video ni.. “
” Tahniah mfmirafilzah & wanemirastar .. moga rumah tangga kekal hingga ke Jannah Aminn.. “
” Kita cry,cry taw tengok ni, tetiba jadi hati tisu.. “
” Tak tahu kenapa sed1h, ucapan tu hanya BFF je yang faham.. “
” Nanti kawin nak ada wish macam ni jugak lah, sweet sangat.. “
Comel sungguh tengok reaksi Mira dan Emir bila Farha memberi ucapannya ini lagi-lagi part pandangan Emir pada Mira itu. Ucapan ikhlas dan doa daripada seorang sahabat untuk kebahagiaan Mira. Apa pun, semoga persahabatan mereka ini kekal terjalin sampai bila-bila dan Mira bahagia bersama Emir melayari bahtera rumahtangga mereka. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..