” Tak sabar nak tengok Urwa pakai, comel sangat baju kait tu.. ” – Netizen

Ardell Aryana Kongsi Video Dan Gambar Baju Kait Anaknya, Arwa Malaikha Urwa. Part Ardell Dan Ibunya Kait Sendiri Buat Ramai Yang Kagum. Wahh Cantik Sungguh, Terbaiklah Umie Dan Grandma !!

Bagi setiap pasangan suami isteri yang menanti kelahiran cahaya mata pastinya teruja dan berdebar-debar. Pelbagai persiapan yang dilakukan untuk menyambut kedatangan insan baharu dalam hidup. Lagi-lagi buat pasangan yang menanti kehadiran anak pertama.

Buat pasangan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa kelahiran anak pertamanya yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu, pastinya memberi sebuah kegembiraan dan kebahagiaan buat mereka. Bayi perempuan yang sangat comel itu, kini telah pun berusia sebulan lebih.

Menerusi perkongsian terbaru Ardell di laman Instagramnya, sebuah video pendek dan beberapa keping gambar telah dimuatnaik olehnya. Gambar tersebut merupakan gambar dua helai baju bayi berwarna putih campuran biru muda dan juga berwarna kuning.

Jelas Ardell di kapsyennya, baju tersebut dikait olehnya sendiri dan juga ibunya. Menurut Ardell, yang berwarna putih biru adalah hasil tangannya, manakala yang berwarna kuning pula hasil tangan ibunya. Baju tersebut dibuat khas untuk anaknya, Urwa.

Jom lihat baju -baju comel di bawah ini :

Entri tersebut dihujani dengankata-kata pujian terhadap kecantikan baju kait tersebut. Mereka turut menyatakan tidak sabar untuk melihat Urwa memakainya. Ini antara komen-komen mereka :

” So cute, untung Urwa punya umi yg berseni.. “

” Cantiknya. Mesti Urwa pun pandai mengait juga nanti.. “

” Cantik dress nya. Tahniah Ardell.. Bkn semua anak muda mempunyai bakat mengait.. Rupe nya bakat Ardell turun dara Ibu..

” Cantiknye, comel dress camtu, nanti nak tengok Urwa pakai, cantiknya.. “

” Tak sabar nak tgk urwa pakai, comel sangat baju kait tu.. “

Alahai memang comel sangat baju kait tu. Lagi-lagi bila baby Urwa yang pakai, mesti terserlah lagi kecomelan Urwa kan. Pandai sangat Umie dan nenek Urwa buat ye. Beruntunglah Urwa. Apa-apa pun kami doakan Baby Urwa terus membesar dengan sihat, comel, dan mendai anak yang solaheh. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardell Aryana, Arwa Malaikha Urwa, Nadzmi Adhwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..