” Tak pernah tak let0p haih.. “

Koleksi Gambar Percutian Rozita Che Wan Sekeluarga Di Pulau Pinang. W0ww !! Walaupun Hanya Bercuti Di Dalam Negeri, Tetap Melet0p Penampilan Che Ta..

Sudah menjadi kebiasaan buat pelakon  Rozita Che Wan akan bercuti setiap hujung tahun bersama keluarga tercinta ke luar negara. Namun, lain pula untuk tahun ini, kerana Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai  Che Ta tidak merancang untuk melancong ke luar negara .

Destinasi percutian kali ini, Che Ta sekeluarga memilih untuk bercuti di dalam negeri sahaja iaitu Pulau Pinang atau dikenali sebagai Pulau Mutiara. Memilih tidak bercuti ke luar negera kerana jadual kerja beliau pada hujung tahun ini sangat padat dan akan kembali ke lokasi penggambaran pada awal tahun ini.

Paling penting, setiap percutian, Che Ta akan mengupah seorang jurugambar rasmi yang akan merakamkan setiap momen sepanjang bercuti. Jadi tidak pelik sekiranya gambar yang dimuat naik di laman instagram sangat cantik dan menarik. Che Ta juga lebih fokus dalam bidang perniagaan beliau pada tahun 2020 dan merangka rancangan bermutu di bawah syarikatnya, Padusi Pictures.

Menerusi instagram, Rozita Che Wan telah berkongsi gmbar-gambar sepanjang percutian keluarganya di Pulau Pinang. Turut di  beritahu oleh Che Ta, percutian disertai bersama kenalannya dari Istanbul dan beliau turut mengunjungi beberapa lokasi menarik di Pualu Pinang.

Ikuti perkongsian Che Ta di bawah :

 ”  Lama dah tk main ayaq laut #rozitachewan #cheta #rcw #beach #shangrila #dec2019.. “

Rata-rata peminat juga turut memuji kecantikkan dan penampilan Che Ta yang sentiasa nampak cun melecun. Antara komen-komen tersebut  :

” Bunga yg paling menarik di tepi pantai mmg let0p.. “

” Tak pernah tak let0p haih. Jangan lupa makan ikut list na Che ta.. “

” Segakkk noh cheta @rozitachewan1.. “

” Masha Allah cantikkkknyaaaa.. “

” Chantik che ta.. “

” Issshhhh2 la… bdn tera anak pat0ng… lawa sgguh.. “

Antara koleksi gambar percutian Che Ta sekeluarga :

Woww.. Che Ta punya posing tak pernah mengecewakan. Gambar-gambar percutian beliau semuanya kelihatan cantik. Bercuti di luar negara atau dalam negeri tiada masalah pun sebenarnya, kerana di negara kita pun banyak  tempat-tempat menarik yang boleh di lawati dan bercuti. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Che Ta sekeluarga.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rozita Che Wan  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..