” Tak payah pergi sekoyah, teruih pandai baca surat khabar bahasa Cina. Haha.. ” – Netizen

Gambar Jebat Jayden Sedang Memegang Surat Khabar Cina Buat Ramai Terhibur. Amboi Gaya Tu Macam Dah Pandai Baca Surat Khabar Lah. Part Kapsyen Pun Kelakar. Mesti Baba Yang Tulis Ni Kan, Hehe !! 

Jebat Jayden antara anak selebriti yang sering mencur1 tumpuan umum di media sosial. Bakal memasuki usia 5 tahun, anak lelaki Sharnaaz Ahmad ini sudah petah bercakap dan ada sahaja gelagatnya buat ramai terhibur.

Bukan itu sahaja, Jebat juga memiliki akaun Instagramnya sendiri dan sudah memiliki lebih 400 ribu pengikut. Sharnaaz dan bekas isterinya, Noor Nabila sering berkongsi berkembangan Jebat di akaun tersebut.

Terbaru, telah dimuatnaik beberapa gambar Jebat buat tatapan umum. Kelihatan Jebat begitu comel duduk di sebuah kerusi sambil memegang senaskah surat khabar. Gaya Jebat ketika itu seolah seperti sudah pandai membaca isi kandungan surat khabar itu.

Paling menarik, surat khabar tersebut adalah dalam bahasa Cina. Sekali lagi perkongsian gambar terbaru Jebat ini telah menarik perhatian warganet dan hingga kini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gambar Jebat memegang surat khabar. Antara komen-komen manarik adalah :

” Nooohhhh Tak payah p sekoyah. Teruih pandai baca surat khabar bahasa cina. Hang memang power lah Jebat, haha.. “

” Buletin sebelum tido… Dalam segmen “tak sekoyah pon pandai” haha. Kapsyen ni siapa yang tulis, baba ke mummy ni Jebat.. “

” Sekarang pun cara duduk kemain c0py baba yea Jebat. Makin besar makin bertambah handsome Jebat.. “

” Tengok gambar ni terus tringat ayat dia “tak sekoyah pun pandai”, hahaha kena betul dengan gambar ni.. “

 “Anak baba betul lah Jebat. Muka mummy tapi gaya habis cop baba. Gambar last tu memang sebiji Sharnaaz.. “

” Hahahah kapsyen memang kelakar, mesti baba yang tulis ni. Jebat hebat lah siap baca surat khabar cina lagi tu.. “

” Wow You look like a businessman baby, gaya bakal orang2 yang berjaya dan kaya. Semoga Jebat berjaya nanti ye anak.. “

Jebat tak pernah tak comel, malah makin membesar kelihatan semakin matang. Apa-apa pun semoga Jebat terus membesar dengan baik dan sihat serta menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..