” Tak nak panggil makcik, panggil kakak.. “
Video Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Berjenaka Dengan Adik Syed Ashraf Aiman Di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Humblenya Tuanku !!
Susulan pelantikan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-16, nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah kini bermain di bibir rakyat jelata apabila baginda secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru.
Baginda yang dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, pada 5 Ogos 1960, merupakan puteri ketiga kepada kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Baginda juga merupakan adinda kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Memiliki raut wajah yang manis dan kaya dengan sifat keibuan, baginda cukup disenangi oleh rakyat jelata khususnya di negeri Pahang. Antara kegiatan-kegiatan kegemaran baginda adalah, membaca, memasak, menjahit dan baginda juga berbakat dalam bidang penulisan.
Menerusi Instagram House of Pahang telah berkongsi satu video Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah telah merasmikan pembukaan Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Baginda telah melawat seorang pesak1t bernama adik Syed Ashraf Aiman dan baginda juga sempat berjenaka bersama adik itu.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :
” Her Majesty The Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sharing a light moment with Syed Ashraf Aiman, candidly tell him to call Her Majesty ‘kakak’.. “
” Syed Ashraf Aiman underwent a k1dney transpl4nt recently, receiving a new k1dney from his father.. “
” Earlier, Her Majesty The Raja Permaisuri Agong officiated the opening of Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.. “
” The hospital, previously known as Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur is the foremost women and child hospital in the country, acting as the national referral centre for specialised services in the field of 0bstetrics, gynaec0logy and paed1atric.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan itu. Antara komen-komen tersebut :
” I want Your Majesty be our forever queen… Cause Tuanku Azizah is the cutest and humble one.. “
” Daulat Tuanku, my beautiful Queen; inside & out.. “
” Haha terbaik Tuanku.. “
” Mcm ni kalau sy ddk kat wad pun rasa jd shat tgk permaisuri senyum sokmo.. “
” Daulat Tuanku.. So humble & kind.. Love from Sarawak.. “
” Love u more & more Duli Tuanku Raja Permaisuri Agong.. “
” Semoga adik yg sak1t itu cepat sembuh.. “
Alahai comel tengok Permaisuri kita. Dengan sikap yang sentiasa lemah lembut, gaya yang sangat cantik, tidak pernah jemu untuk melihat Tunku Hajah Azizah ini. Terserlah kasih sayang seorang permaisuri buat rakayatnya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Adik Syed Ashraf Aiman cepat sihat. Amin..
Silakan SHARE.
Sumber : IG House Of Pahang by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..