” Tak mintak bayaran pun, sporting memang humble orangnya.. ” – Netizen

Bersahaja Menyanyi Secara Live Di Kedai Makan Atas Permintaan Peminat, Video Nyanyian Padu Ziana Zain Raih Pujian Ramai. Tak Berkira Melayan Peminat Lah Ziana Ni. Memang Sporting Habis, Suara Tu Macam Telan Kaset !!

Siapa tidak kenal dengan figura bernama Ziana Zain ini. Sudah berkecimpung dalam bidang seni suara sejak era 90-an lagi, Ziana antara penyanyi wanita yang masih menjadi sebutan peminat sehingga ke hari ini.

Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan aksi spontan Ziana menyanyi di sebuah kedai makan. Demi memenuhi permintaan para peminatnya yang menjamu selera di situ, Ziana mengalunkan lagu h1tsnya berjudul Anggapanmu.

Luar biasa, walaupun lagu ini usianya sudah hampir 30 tahun, namun vokal Ziana tetap sama dan tidak berubah. Nada tinggi Ziana yang menjadi trademarknya bersama kening terangkat membuatkan peminat bersorak gembira mendengar suara merdu Ziana.

Memetik kata peminat, suara Ziana ini recording mahupun live tetap sama sahaja tune nya. Inilah kehebatan sebenar seorang penyanyi, kekuatan vokal dan maintain menjaga suara. Ziana memang semp0i dan peramah orangnya.

Jom tonton video di bawah :

Video nyanyian oleh Ziana ini telahpun mendapat perhatian peminat dan sehingga kini hampir 10 ribu likes direkodkan. Antara komen-komen peminat :

” As always adikku sayang, orang dulu-dulu lain. Bagus Ziana ni, penampilan elok, suara maintain je.. “

” Sportingnya, langsung tak berkira belanja lagu. Selamber je karok dekat kedai makan. Ziana memang humble orangnya, tu yang peminat sayang.. “

” Ini baru penyanyi, nyanyi libe pun boleh tar1k sebiji macam recording walaupun lagu dah almost 30 years.. “

” Tetap power macam dulu-dulu. Legend suara mantap betul. Ni tak payah makan pun dah kenyang dapat tengok live depan mata Ziana menyanyi.. “

” Sporting g1la, baik punya tar1k. Legend betul, mana nak dapat penyanyi macam ni sekarang.. “

” Artis veteran jugak yang paling terbaik dan pilihan hati. Suara tetap mantap sampai sekarang.. “

” Powerlah legend, 1 in million… Love u ziana. Terbaik.. ini baru la penyanyi. Padu suara.. semoga ziana di beri kesihatan yang berpanjagan amiin.. “

” Otai masih berb1sa, sump4h sedap suara kak ziana.. sama je macam dulu. tak mintak bayaran pun, sporting sangat terbaik.. “

Suara merdu dan hebat yang tidak boleh dipertikaikan, tanpa muzik pun tetap sedap. Semoga Ziana terus success dalam kerjaya seninya dan dipermudahkan segala urusan untuk konsert pada bulan hadapan bersama Anuar Zain. Good luck Ziana Zain.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar_my, IG Ziana Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..