” Tak mahu-mahu isinya. Nak ke bulan agaknya.. “

Aksi Lompat Bonet Ketika Mengisi Ulang Minyak Kereta Cur1 Perhatian Netizen. Kelakar Betul, Ada Juga Orang Macam Ni Yer !!

Stesen minyak memang menjadi tempat persinggahan wajib setiap kenderaan. Tidak kiralah samada kereta, motosikal hatta kenderaan berat juga pasti akan ke sini. Terlalu banyak aksi-aksi pengguna yang boleh dilihat ketika berada di stesen minyak samada yang melucukan atau pun yang menyayat hati.

Kesemua stesen minyak seluruh negara telahpun menggariskan beberapa peraturan atau etika ketika mengisi ulang minyak kenderaan masing-masing. Antara peraturan yang digariskan sebagai panduan keselamatan iaitu menutup enjin kenderaan, dilarang merok0k ketika mengisi minyak dan dilarang penggunaan telefon bimbit.

Kerana banyaknya kejadian yang tidak di ingini terjadi di stesen minyak terutamanya ketika mengisi ulang minyak, kesemua stesen menguatkuasakan peraturan tersebut. Antara stesen minyak yang mengamalkan dasar keselamatan ini ialah Shell, Petronas, Petron dan Caltex.

Menerusi akaun Instagram tvsukanstar, telah dimuatnaik satu video yang agak melucukan hati apabila aksi mengisi minyak petrol oleh sepasang kawan di stesen minyak. Apa yang melucukan apabila salah seorang dari mereka melompat-lompat di bonet belakang manakala seorang lagi berusaha mengisi minyak kereta mereka dengan harapan lompatan itu boleh memampatkan lagi minyak ke dalam tangki kereta. Berhasil ke bang?

Jom tonton video di bawah:

” Sumbat selagi boleh.. “

View this post on Instagram

Sumbat selagi boleh

A post shared by Sukan Star TV – sstv.my (@tvsukanstar) on

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komentar di ruangan komen. Antara komen-komen netizen:

” Ni pergi balik siam sekali tuang je kot.. “

” Kononnye nak bagi penoh.. Minyak macam air.. Isipadu akan penuh setiap ruang.. Tak belajar sains ke.. “

” Sebenarnya tak perlu goyang-goyang pun, cuma perlu tuggu je sebab tu minyak didalam berbuih contoh kau tuang botol cola ke cawan tengah tunggu gas cola tu down pastu tuang balik… Settle… “

” Minyak bukan pasir. Tunggu jer buih-buih reda.. Isi balik. Koc0k-koc0k berbuih balik. Minyak semi cecair bukan pepejal.. “

” Untuk kegunaan setahun.. Orang mana la tu.. “

” Yang naik moto je selalu camni rasanye HAHAHA @syhmidnial.. “

” Tak mahu-mahu isinya. Nak ke bulan agaknya.. “

” Yang lebih boleh mintak balik kat kaunter.. “

” Dia nak pergi China naik kereta.. “

Mungkin lebih baik sekiranya dipertimbangkan segala tindakan tidak hanya untuk diri sendiri malah jua untuk pengguna stesen minyak yang lain. Sekiranya boleh mendatangkan bah4ya, seeloknya di elakkan. Kami di Berita Kopak berharap agar semua pemandu sentiasa berhemah tidak hanya di jalan raya malah jua di stesen minyak untuk keselamatan bersama.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG tvsukanstar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..