” Hensem laki dia.. “

Video Dan Gambar-Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Farah Nabila Dan Amirul Yang Begitu Indah Sekali. Wah, Sama Cantik Sama Padan !!

Pada 20 Disember 2019, Farah Nabila sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang, Mohammad Amirul Yunus dengan sekali lafaz sahaja. Majlis yang bertemakan Melayu Klasik diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara. Farah menerima wang hantaran sebanyak RM77,777.77 berserta tujuh berbalas tujuh dulang serta sebanyak RM1000 sebagai mas kahwin.

Pasangan pengantin memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Khir Khalid. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, turut sama melangsungkan majlis pertunangan yang menyaksikan ibu Amirul menyarungkan cincin kepada Farah.

Mengimbas kembali detik perkenalan pasangan ini, Farah menyatakan bahawa beliau mengenali Amirul melalui rakan baiknya, Izara Aishah yang turut merupakan seorang pelakon. Oleh kerana sikap Amirul yang penyabar dan pandai mengambil hati keluarga menyebabkan Farah tertarik padanya.

Menerusi akaun Instagram, video majlis akad nikah Farah Nabilah dan pasangannya telah dikongsi untuk tatapan para peminatnya. Farah menjadi pasangan mempelai pertama yang ditampilkan dalam portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular TV3, Mahligai Cinta.

Tonton video di bawah :

” LIVE UPDATE: MAJLIS AKAD NIKAH @farahnabilahofficial⁣⁣⁣⁣⁣⁣. Alhamdulilah, dengan sekali lafaz @farahnabilahofficial selamat menjadi isteri kepada  @amirul_yunus. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina diredhai dan membawa 1001 kebaikan di dunia dan akhirat.. “

” ⁣⁣Saksikan LIVE Majlis Akad Nikah di portal Mahligai Cinta www.mahligaicinta.my & YouTube TV3Malaysia Official⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Farah dan pasangannya. Ramai yang memuji ketampanan suami Farah. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah Farah dan Amirul.. “

” Wah, tahniah beautiful.. “

” Alhamdulilah, tahniah Farah dan Amirul.. “

” Memang handsome. Sangat sepadan. Farah pun cantik.. “

” Hensem laki dia.. “

” Selamat pengantin baru.. “

” Hensemnya… Sama cantik sama padan.. “

Lagi gambar-gambar sekitar majlis akad nikah yang dikongsikan di akaun Instagram Farah :

Sama cantik dan sama padan bak kata pepatah bagaikan pinang dibelah dua. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Farah Nabilah dan Amirul. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel.

Silakan SHARE..

Kredit Foto : Wedlocx.Co via IG Farah Nabilah

Sumber : IG Mahligai Cinta, Farah Nabilah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..