” Tak larat gelak tengok Ernie buat muka sambil cakap. Memang lawak lah, haha.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri Bersama Fara Fauzana Bercakap Bahasa Indonesia Buat Ramai Terhibur. Alahai Kelakarnya Ernie, Penuh Emosi Gaya Bercakap Tu, Siap Dengan Mimik Muka Lagi. Dah Macam Cerita Sinetron Lah Pulak, Hehe !!

Bagi yang suka mendengar siaran radio H0t FM pasti mengetahui yang H0t FM sering menjemput selebriti datang ke konti pada segmen pagi iaitu Bekpes H0t. Pastinya segmen ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram H0t FM telah memuatnaik dua video yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri telah dijemput sebagai tetamu jemputan semalam. Menerusi temubual bersama Ernie, pelbagai cerita dikongsikan.

Namun, apa yang mencuit hati adalah dalam video tersebut kedengaran Ernie dan Fara Fauzana bercakap bahasa Indonesia. Difahamkan mereka sedang melakonkan watak dalam cerita Sinetron. Wah pandai juga Ernie dan Fafau cakap Indonesia.

Gaya dan mimik muka Ernie ketika bercakap sangat mencuit hati. Denga penuh perasaan Ernie menghayati wataknya menasihati Fafau yang sedang dilema dalam perhubungan cintanya. Selain itu, satu video lagi Ernie berkongsi cerita ketika berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Govinda.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa dan meluahkan rasa terhibur mereka melihat telatah Ernie bercakap bahasa Indonesia. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Tak larat gelak tengok Ernie buat muka sambil cakap, memang lawak lah, haha, comel sangat Ernie ni.. “

 ” Dia ni lahhhhhhh, hahaha Kak Ninie memang comel bangat lh, dah macam cerita Sinetron betul gayanya.. “

Kelakar betul mendengar Ernie bercakap dengan Fafau, menjadi betul lakonan mereka. Berdekah yang lain dalam konti ketawa. Ernie ni kalau tak buat kelakar memang tak sah, lagi-lagi kalau buat suara comel seperti itu.

Sekadar rekod, Ernie antara penyanyi yang sangat berbakat. Bukan Ernie sahaja, suaminya, Syamel juga antara penyanyi yang diminati ramai. Gabungan kedua mereka ketika berduet menyanyi pasti mendapat pujian pendengar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG hotfm976, erniezakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..