” Tahniah Mokcun dapat menantu, nasib Arri tak buat ket4r. Haha.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Anak Kedua Erma Fatima, Ahmad Arir. Wah Dapat Menantu Lagi Erma. Part Batal Air Sembahyang Tu Lawak Lah Arri Ni. Bukan Main Laju Lagi, Sampai Tak Sempat Nak Ambil Gambar !!

Sekitar pada bulan Disember tahun lalu, pengarah dan pelakon, Erma Fatima ada berkongsikan video-video yang memaparkan mereka sekeluarga merisik dan mengikat tali pertunangan untuk anak keduanya, Ahmad Arir.

Tidak menunggu lama, semalam telah berlangsungnya majlis akad nikah Arir atau lebih mesra dipanggi Arri dan pasangannya, Syahirah. Menerusi akaun Instagram Erma Fatima, video majlis ijab qabul dipaparkan yang menyaksikan abang kepada Syahirah menjadi wali untuk adik perempuannya ini.

Pasangan mempelai yang mengenakan persalinan pengantin berwarna putih nampak berseri-seri sekali. Kegembiraan tidak hanya terpancar pada wajah pengantin, malah pada wajah Erma juga. Bahagia melihat anak bujangnya kini sudah bergelar suami orang.

Selain itu juga, Erma turut berkongsikan video ketika majlis batal air sembahyang. Erma turut mendoakan agar Arri mendapat rahmat dan berkat serta ikatan perkahwinan ini berbahagia sehingga ke jannah.

Jom tonton video di bawah :

Adik kepada Erma, Betty Rahmad turut berkongsikan beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung. Walaupun Betty tidak dapat hadir ke majlis ini, namun Betty tahu Arri pasti akan menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik buat Shira.

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh Erma ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Seronok mak cun dapat menantu dan antara komen-komen peminat :

” Ari haihh dah besar dah. Tahniah kakakku dapat menantu. Alhamdulillah, kedua dua mempelai sama cantik sama padan, Semoga bahagia hingga ke jannah.. “

” Alhamdulillah, tahniah mokcun dapat menantu dan tahniah juga untuk anakandanya, Arir dan pasangan.. “

” Alhamdulillah tahniah dapat menatu dan tahniah jgk tuk sahabat Farhan dapat adik ipar baru. Muka wali dengan pengantin seiras.. “

” Alhamdulillah, tahniah erma fatima . Semoga rumah tangga yang mereka bina diberkati Allah swt. Dan semoga Kekal Bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.. “

” Alhamdulillah.. tahniah kak Erma.. dapat menantu.. semoga perkhawinan ini mendapat barakah dan diredhoi Allah buat kedua2 nya hingga ke Syurga… aamin.. “

” Lawaklah kak erma cakap, macam dia orang je sendiri kahwin haha. Nasib la Ari tak buat ket4r macam aritu haha.. “

” Kalau dlm drama penuh ahli keluarga dduk keliling pengantin kan kak erma. Yg ni pengantin alone namanya haha. Pepon TAHNIAH dpt menantu… tak lama lagi bul1 cucu pulakla.. “

” Tahniah Erma, semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke jannah, semoga kasih syg berpanjangan dan mendapat rahmat & kasih dr Allah swt.. “

Alhamdulillah acara yang wajib telahpun selamat dijalankan, pastinya kehadiran orang baru dalam keluarga Erma ini akan memeriahkan lagi suasana. Tahniah dan selamat pengantin baru Arri dari kami di Berita Kopak dan semoga berbahagia selalu selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima, Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..