” Tahniah Issey dan pasangan.. “
Perkongsian Fizo Omar Di Hari Bahagia Issey Fazlisham Buat Peminat Terkej0t. Tak Sangka Itu Sikap Issey Yang Sebenar. Mengej0tkan !!
Pelakon kacak Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 19 Julai 1985. Di usia 34 tahun, Fizo dikenali sebagai pelakon, penceramah motivasi dan usahawan berjaya. Fizo pernah mengusahakan perniagaan Hot Burger dan Fizomawar Kitchen.
Kemunculan Fizo mula dikenali ramai setelah memenangi pertandingan Hero Remaja. Pengarah Rashid Sibir adalah orang yang bertanggungjawab mengetengahkan bakatnya didalam drama Elite. Setelah itu, lakonannya dilebarkan ke layar perak menerusi filem 7 Petala Cinta, 99 Kali Rindu dan Cinderella.
Berasal dari negeri kelahiran yang sama iaitu Kelantan, Fizo menjalin hubungan rapat dengan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham. Hubungan rapat dua sahabat ini tersangat erat hinggakan mereka berkongsi apa sahaja cerita di dalam kehidupan masing-masing.
Menerusi akaun Instagram, Fizo Omar memuatnaiksekeping gambarnya bersama Issey dan pasangannya. Apa yang menarik perhatian adalah ucapan dan perkongsian yang dikongsi oleh Fizo tentang sikap Issey yang sebenar. Siapa sangka di dalam jenaka Issey tersirat seribu makna disebalik senyumannya.
Jom baca perkongsian Fizo dibawah :
” Tahniah @isseyfazlisham dan pasangan. Ambo banggo dengan demo issey peng0rbanan demo menjaga ibu sampai hujung nyawa ibu. “
” Issey pernah share ngn saya,dia sanggup hidup bujang selepas berp1sah dan tak fikirkan pasal berkahwin semata-mata nak menjaga ibunya. Ya Allah besarnya peng0rbanan seorang anak. Tahniah issey kawe doakan demo sentiasa bahagia dan murah rezeki. Biar lah ore nok kato gapo pun, hok penting kita tahu hok mano baik bur0k asalkan kito bahagia.. “
” Demo tinggal kawe sek keto ‘recond’… doa-doa ko ambo pulok biar sapa giliran kawe pulok.. “
Rata-rata netizen yang turut sama mengikuti perkembangan hari bahagia Issey dilihat turut sama meninggalkan komentar di ruangan komen. Antara komen-komen netizen :
” Ya fizo demo patut contohi ise.. Kawe tahu demo pun anak baik sanggup jago ibu demo.. Mok sore ajo dale dunio.. “
” Tahniah Issey. Anak yang berbakti, akan dapat balasan baik, insyaAllah.. “
” Insha Allah ore baik dengan ibu.. Berkat hidupnya… Cepat dapat jodoh.. “
” Seorg lelaki dan sebagai anak.. Utama padanya adalah ibunya. Dia harus menjaga dan melindungi ibunya dari apa pun. Kerana ibulah syurganya. Redha Ibu bahagialah anak.. “
” Tahniah boh @isseyfazlisham dan isteri terr.. Selamat pengantin baru.. “
” Selamat pengantin baru… Semoga bahagia hingga ke anak cucu.. “
” Tahniah issey.. Moga bahagia hingga ke syurga.. “
Mulia sungguh sikap terpuji Issey terhadap ibunya itu. Semoga perkongsian Fizo memberi manfaat pada semua anak-anak dalam menyantuni ibu masing-masing. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru buat Issey dan kepada Fizo Omar buka lah hatimu untuk menerima cinta baru.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar, Issey Fazlisham by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..