” Sweet tangan laki dia spontan je usik-usik gitew.. ” – Netizen
Video Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Ketika Sesi Bergambar Setelah Selesai Akad Nikah. Namun Jari Jemari Emir Cur1 Tumpuan Netizen. Eh Nampak Aje Netizen Ni !!
Dengan sekali lafaz sahaja, Mira Filzah sah menjadi isteri kepada Wan Emir Astar. Emir adalah anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Yazid. Emir juga adalah abang ipar kepada pengacara terkenal Shalma Aina.
Majlis akad nikah yang diadakan di Sime Darby Convention Centre ini dihadiri seramai 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pihak dan pihak media. Mira dan Emir bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi yang bakal berlangsung hari ini di Le Meridien, Putrajaya dan A-Park, Puchong Ahad nanti.
Kemeriahan majlis semalam diserikan lagi dengan busana ekslusif dan pelamin indah bertema senibina Islamik yang sangat indah. Mira dan Emir kelihatan berseri-seri dalam busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini. Turut dipaparkan juga video pre wedding mereka setelah selesai ijabqabul semalam.
Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan video dan sekeping gambar Mira dan Emir selepas selesai akad nikah mereka. Pasangan ini yang bergambar bersama untuk mengabdikan kenangan malam bersejarah mereka ini namun aksi romantis mereka jadi perhatian.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )
Sama cantik sama padan sungguh Mira dan Emir ini. Banyak-banyak pose jari Emir juga yang jadi tumpuan peminat. Antara komen-komen mereka :
” Sweet tangan laki dia spontan je usik-usik gitew.. “
” Suka hatilah dah sah. Mesti frust ni hehe.. “
” Suami dia nmpk sgt sygkn MF.. “
” Jari jari tuuu.. Aloooo nak kawen gakkk.. “
” Hahaaaa kelako baca komen video ni. Jah4t diaorang usik pengantin.. “
” Tangan tu Sabor-sabor, dok menguit-nguit. Hahaha.. “
” Tangan tu kaver skit.. sweet sangat i is jeles.. “
” Ni baru btol2 sweet couple of the year.. Tak pernah bersentuhan sblm kahwin.. “
Alahai peminat pun macam-macam menyakat pengantin baru ni. Orang tu debaran pun belum reda dah kena usik kaw-kaw. Comel sangat gaya Emir itu dan nampak sayang sangat pada Mira. Semoga Mira dan Emir bahagia selalu dan cepat dapat MiraEmir Junior. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..