” Sweet cikgu Pom Pom. Bahagia tengok Kak Lina.. “

Elly Mazlein Kongsi Video Rutin Paginya Semenjak Bergelar Isteri, Namun Respon Sherry Al Hadad Buat Peminat Ketawa Besar. Lucu Betul Sherry Ni !!!

Bahang kemeriahan pernikahan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein masih lagi terasa. Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sememangnya terlihat seakan wanita paling bahagia pada malam pernikahannya itu.

Memilih seorang jejaka bernama Mohamad Azlan yang mana merupakan seorang guru Geografi berasal dari bumi Cik Siti Wan Kembang sebagai suaminya, Kak Lina mengikat tali pertunangan pada 17 Disember 2019. Sebagaimana perjanjian, akhirnya 18 Disember menyaksikan penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah.

Majlis akad nikah dan resepsi Kak Lina digelar peminat sebagai wedding of the year. Cukup meriah dan gilang gemilang umpama puteri kayangan. Penuh dengan wajah-wajah bahagia walaupun adakalanya disulami airmata. Kebahagiaan seorang yang bernama Elly Mazlein.

Menerusi akaun Instagram, Elly Mazlein telah berkongsikan video yang mana kelihatan suasana paginya sejak bergelar isteri. Menyiapkan suaminya sarapan dan menghantar hingga ke pintu rumah membuatkan hati netizen yang berbunga-bunga. Comelnya aksi Kak Lina Pom Pom ni !

Jom tonton video di bawah :

” Assalamualaikum kesayangan. Moga Bahagia Milik kite semua Amin ya.. “

(Klik butang KANAN > untuk menonton video.. )

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Bahagia tengok kak linaaaaa. Omeyyy la kak linaaaa.. “

” Macam pemalu sangat kan papa nano hehe. Suka tengok kak lina sekarang bahagia hingga ke jannah.. “

” Aduii comelnyaa laki bini ni.. Semoga bahagia sampai ke syurga aaminn ya Allah.. “

” Papa malu-malu… Langsung tak nak pandang camera.. “

” Tak biasa sangat tu dengan camera.. Takpe .. Low profile.. “

” Aamiin… Sweet cikgu pompom.. “

” Comey p0mpom-pomp0m ni…. Love u too kak lina.. “

Namun komen dari sahabatnya Sherry Al Hadad menerima banyak tanda suka dan mengundang tawa netizen :

Semakin berbunga-bunga hati peminat melihat kebahagiaan Kak Lina Pom Pom dan Papa Awan Nano ni. Kebahagiaan yang telah lama diimpikan akhirnya menjadi kenyataan. Syukur Ya Allah, Kau makbulkan permintaan insan sebaik Kak Lina.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga bahtera rumah tangga ini akan sentiasa bahagia dan dilindungi Allah selalu hendaknya. Insha Allah..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..