” Sweet betul presiden Tik T0k kita.. ” – Netizen
Aeril Zafrel Kongsi Video Serta Kapsyen Romantik Buat Isterinya Wawa Zainal. Alahai Dah Macam Hero Dan Her0in Hindustan Pula Tengok Aeril Dan Wawa Ni !!
Aeril Zafrel mahupun isterinya Wawa Zainal, kedua-dua selebriti ini sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Sama padan, sama cantik itu adalah bonus buat mereka. Tidak terlalu exposed, tidak semata-mata mengejar populariti, merendah diri, itulah sifat yang boleh dilihat menerusi pasangan romantik ini.
Selain bergelar selebriti, pasangan ini juga turut bergelar usahawan. Pada awalnya, kehidupan mereka sama seperti pasangan lain, bermula sebagai pelakon akhirnya berubah menjadi usahawan yang berjaya malah sudah pun bergelar jutawan dan menjadi inspirasi ramai.
Untuk pengetahuan umum, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dianugerahkan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.
Menerusi akaun Instagram Aeril telah berkongsi satu video bersama isterinya, Wawa berada di sebuah pantai. Bahagia betul melihat pasangan ini meluangkan masa bersama. Aeril juga turut berkongsi kapsyen untuk isterinya dan memohon agar warganet turut mendoakan kebahagian mereka.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Perkongsian video dan kapsyen oleh Aeril itu turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dengar cerita laut dah manis lepas scene ni.. “
” Laut mana yg ta bergelora kalo nampak scene sweet mcm ni.. “
” Sweet presiden tik tok kita Bersemut nyer tgkk … Moga kekal bahagia.. “
” I auto sendu tengok sweet husband and wife ni.. “
” Semoga kekal sampai ke jannah Ameen ya Rabb love both of you.. “
” Semoga bahagia selalu bos W4w4 Zainal Aeril Zafrel .. Till jannah.. Aamiin.. “
” Sweet nya.. Semoga berkekalan hingga akhir hayat Aril dan Wawa.. “
Alhamdulillah dah lapan tahun pasangan ini hidup bersama. Mereka antara pasangan selebriti yang patut dijadikan contoh sebagai pasangan bahagia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga rumah tangga Aeril dan Wawa akan kekal berkekalan hingga ke jannah. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aeril Zafrel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..