” Sukanya tengok Rina, comel betul anak Korea ni.. ” – Netizen

Video Ryzal Ibrahim Bersama Anaknya, Rina Bermain Salji Buat Warganet Terhibur. Amboi Rina, Bukan Main Excited Betul Tengok Salji, Comel Sangat !!

Anak selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae iaitu Rina turut mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Ada sahaja video mahupun gambar terbarunya pasti mencur1 tumpuan.

Mungkin ramai yang tahu yang Rina sekarang sedang berada di Korea Selatan iaitu negara asal ibunya. Mengambil masa meluangkan masa bersama keluarga di sana, Ryzal dan Maryam dilihat sering berkongsi video dan gambar sepanjang di Korea.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Ryzal telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama Rina sedang beriadah bersama dan bermain salji. Jelas kelihatan Rina begitu teruja saat melihat Ryzal menerbang salji di hadapannya.

Selain itu, di ruangan kapsyen, Ryzal berkongsi pengalamannya setelah bergelar seorang bapa. Pada posting sebelum itu, Ryzal berkongsi beberapa gambar membawa Rina sedang berjalan di sekitar perumahan di Korea.

Jom tonton video di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ada yang memuji kecomelan Rina dalam video tersebut dan memuji sikap Ryzal yang merupakan seorang bapa yang baik. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Sukanya tengok Rina, comel betul anak Korea ni. Rina duduk kt Korea baru nampak mcm anak Korea masa duduk kt Malaysia nampak mcm anak cina.. “

” Mcm drama kpop gitu oppa bwk baby comel je Rina pakai baju sejuk tebal2. Ger4m tengok Rina senyum, haha.. “

 ” Rina comel sangat, looking so much like abah Ryzalibrhm. Semoga Rina jadi anak yang solehah ya sayang.. “

” Love all your content at Korea especially little Rina. Semoga Ryzal jadi ayah yang baik buat Rina dan suami yang baik buat Maryam.. “

” Semoga Ryzal Dan family sentiasa dibawah lindungan Allah Dan diberi kesihatan yg baik sentiasa and lots of love to Maryam &Rina till jannah. Amiin yarabbilalamin.. “

” Comel lah budak kecik ni, tak ada lagi video dia yang tak comel. Happy betul Rina balik kampung omma ya.. “

” Dah macam tengok cite Korea lah pula, hahahaha cute sangat dua beranak ni. Enjoy betul tengok Rina.. “

Suka tengok perkongsian Ryzal ketika di Korea. Rina makin membesar, makin bertambah comel lah, patut lah ramai yang ger4m melihatnya. Apa-apa pun semoga Ryzal dan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat di Korea, selamat bercuti Rina.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ryzalbrhm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..