” Suka writing Jejai untuk anak-anak dia, em0si jap.. ” – Netizen
Surat ‘Cinta’ Jejai Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Putri Raysha Jemyma Yang Ke 8 Buat Warganet Tersentuh. Jejai Memang Tak Pernah Miss Karang ‘Surat’ Panjang Setiap Kali Birthday Anak. Harapan Dan Doa Seorang Ayah !!
Meninjau akaun Instagram Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan suasana sambutan hari lahir anak perempuan Jejai, Putri Raysha Jemyma bersama atok dan neneknya.
Sebagaimana yang diketahui umum, Jemyma adalah anak hasil ikatan perkahwinan antara Jejai dan aktress Fasha Sandha. Membaca ke ruangan kapsyen Jejai, seperti biasa setiap kali tibanya hari lahir anak-anaknya, pasti akan dicoret ‘ love letter ‘ untuk mereka.
Panjang coretan Jejai kali ini, sedar tak sedar sudah 8 tahun usia Jemyma. Si cilik ini membesar menjadi anak yang manja dan kata Jejai hanya berbaki 20 tahun sahaja lagi sebelum Jemyma bebas dengan kehidupannya sendiri.
Ucapan yang penuh dengan kasih sayang dan harapan seorang ayah buat satu-satunya anak perempuannya ini membuatkan warganet terharu membacanya. Anak yang hebat dan bermanfaat untuk semua, itu antara harapan Jejai untuk Jemyma.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Jejai ini telahpun meraih perhatian warganet. Ucapan selamat hari lahir juga diberikan untuk Jemyma dan antara komen-komen :
” Sanah helwah jemyma.. Tak pernah fa1led jejai, semua birthday wishes sampai ke hati. Such a great daddy.. Happy bday sweety.. “
” Selamat hari lahir jemyma.. Love letter dri daddy yg sentiasa dinanti.. Always look forward to this. Your birthday wish to your kids.. Love all of them.. Thanks for sharing.. “
” Happy birthday to that sweet little girl.. Suke writing jejai untk ank2 dia.. em0si jap.. Always looking foward to read your love letter to your kids every birthday.. “
” Happy Bithday Jemyma.. Every year auntie akan tunggu Daddy awak punya birthday wishes. Hebat. Tak semua lelaki mampu menulis panjang camni.. “
” Happy birthday princess jemyma.. always love to read those your dad love letter to all of u on your birthday time.. may Allah blessed your family always.. “
” Happy bday jemymaa how lucky u are to hve an amazing dady that love u a lots.. moga Allah lindungi dan jaga jemymya selalu.. “
” Happy birthday Puteri Jemyma, panjang lebar nasihat daddy. InshaAllah semoga membesar sebagai anak yg baik.. So pretty Jemyma.. suka tengok.. “
Betapa besarnya kasih dan sayang untuk si puteri dan semoga segala impian Jejai ini akan dimakbulkan oleh Allah. Kami di Berita Kopak juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Jemyma dan semoga Jemyma sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizal Ramli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..