” Suka tengok hubungan baik Nora dengan ex hubby dan mertua dia.. ” – Netizen
Gambar Dan Video Nora Danish Bersama Bekas Suaminya, Jejai Menyambut Ulangtahun Kelahiran Anak Lelaki Mereka, Putra Rayqal Raih Perhatian Warganet. Wah Makin Handsome Rayqal, Dah Lebih Tinggi Daripada Mommy !!
Perkahwinan antara Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai telah dikurniakan seorang cahayamata, Putra Rayqal. Sekalipun perkahwinan mereka sudahpun terlerai, namun Nora dan Jejai masih tetap berhubungan baik sehingga kini.
Meninjau akaun Instagram Nora Danish, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Nora bersama Jejai menyambut ulangtahun kelahiran Rayqal. Turut sama meraikan Rayqal adalah Nedim, Ibu Jejai dan ahli keluarga yang lain.
Pastinya keakraban ini seronok dilihat dan kemesraan keluarga ini mendapat pujian. Nora dan Jejai memberikan contoh yang baik kepada semua. Melihat kepada Rayqal, anak muda ini semakin tinggi dan manis wajahnya tak ubah seperti Jejai.
Memandangkan Rayqal bakal pulang ke asrama, sambutan ini diadakan awal beberapa hari. Berbaki 3 hari sahaja lagi, Rayqal bakal berusia 14 tahun. Alahai cepat betul masa berlalu, sudah ada anak teruna Nora.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton gambar dan video seterusnya.. )
Perkongsian oleh Nora ini telahpun meraih perhatian warganet. Ucapan selamat hari lahir turut diberikan untuk Rayqal dan antara komen-komen :
” 1st time tengok Nora dengan ex husband sambut birthday anak. Suka tengok hubungan baik Nora dengan ex hubby dan mertua dia. Handsomenya Qal, Happy birthday handsome boy.. “
” Besar panjang dah Qarlito, muka dia kan tak teruja langsung haha. Happy Birthday Rayqal, handsome like daddy.. “
” Tinggi dah dia, cepat je dah jadi remaja. Happy birthday Rayqal, so handsome and tall. semoga jadi anak soleh papa mama.. “
” Suka vibes Family contoh sebegini. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga. Happy besday hensem. Suka teng0k hubungan baik Nora dgn bek4s hubby dan mertua dia. Demi anak… mereka lupakan cerita lara.. “
” Happy birthday Qal. Baik nye dua dua ayah ada. Wahh dah tinggi dh dia, makin besar makin handsome macam daddynya.. “
” Makin besar makin handsome Rayqal ni. Tinggi dri maknye dah.. dok tngok kcik jer dulu.. skang dh besar.. “
” You r so amazing at doing co-parenting with your ex-partner, an inspiration to many. dulu kecik lg now tinggi lg Dr mom dia cpt btl.. “
Alhamdulillah berp1sah bukan noktah sebuah perhubungan. Seronok ada keluarga yang positif sebegini. Selamat ulangtahun kelahiran Rayqal daripada kami di Berita Kopak dan semoga Rayqal berjaya dalam pelajarannya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish, IG Rizal Ramli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..