” Suka tengok Aidil, nampak memang dari hati ikhlas menyayangi anak-anak Fasha.. ” – Netizen

Video Cara Aidil Aziz Melayan Anak-Anak Fasha Sandha Raih Perhatian Ramai. Nampak Seorang Bapa Yang Penyayang Dan Menyayangi Mereka Seperti Anak Sendiri !!

Meninjau ke akaun Instagram Fasha Sandha, p0sting terbaru Fasha telah meraih perhatian ramai. Fasha telah memuatnaik sebuah video ketika sesi bersalam dan bermaaf-maafan di pagi hari raya Aidilfitri tempoh hari.

Fasha sekeluarga mengenakan pakaian sedondon berwarna hijau tua nampak begitu cantik dan manis sekali. Sesi bersalaman tersebut memaparkan anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima sedang bersalaman dengan Fasha dan juga Aidil.

Apa yang mencur1 perhatian ramai netizen ialah cara Aidil melayan anak-anak Fasha yang nampak begitu penyayang dan melayan mereka seperti anak sendiri. Rayfal dan Jemaima juga nampak begitu menghormati dan menyayangi Aidil seperti bapa kandung mereka.

Untuk rekod, perkahwinan kali kedua Fasha bersama Aidil telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira yang kini hampir berusia 2 tahun. Rayfal dan Jemaima pula merupakan anak melalui perkahwinan pertama Fasha bersama Jejai.

Jom tonton video di bawah :

Ramai memuji sikap Aidil melayan anak-anak Fasha seperti melayan anak sendiri. Antara komen-komen yang diberikan :

” Lembut ja fasha k1ss anak dia.. Alhamdulillah.. rasa ksh syg yg Aidil berikan pada anak boy.. mcm anak sendiri.. “

” Bagusnya bapa tiri dorg.. Lemah lembut nya cakap.. Seorang ibu yang penyayang wpon kita ger4m ngn watak hanim.. “

” Memang fasha tk tersilap pilih suami.. Semoga terus bahagia .. Aidil bapa tiri yg baik. Nampak ikhlas sayang anak2.. “

” Jemaima da besar la.. lawa mcm mami dia.. Alhamdulillah… Selamat hari raya idul fitri Fasha and fmly, Maaf’zahir batin & batin.. “

” Selamat Hari Raya Eid FitriĀ , Lots of Love sayang.. suka tgk fashaaidil dan ank2,. family loving.. cantik g1ler fasha sandha noh.. “

” Ya allah ingatkn anak patung barbie yg belah tepi sana.. rupanya adik diye.. cantik semua.. selamat hari raya.. “

” Alhamdulillah suka tgk Aidil ni nmpk mmg dr hati ikhlas menyanyangi anak2 fasha mcm ank dia sendiri.. Susah sbnrnya nak dpt lelaki yg boleh terima anak dr bekas suami..”

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada Fasha Sandha sekeluarga. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan sehingga ke syurga dan sentiasa bahagia selalu bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..