” Suka dengar speech Acik, soft and meaningful.. ” – Netizen

Coretan Pesanan Ibu Mira Filzah, Puan Faizatul Akmar Kepada Anak-Anaknya Setelah Meraka Berkahwin Buat Ramai Tersentuh Hati. Doa Dan Restu Seorang Ibu Adalah Yang Terbaik !!

Sebagai ibu bapa pastinya berasa gembira apabila melihat anak-anak sudah berjaya dalam karier masing-masing dan mempunyai keluarga sendiri. Segala penat lel4h membesarkan mereka akhirnya terbalas apabila melihat kebahagiaan mereka.

Tambahan pula apabila memiliki anak perempuan kerana menjaga anak perempuan tidak semudah mendidik anak lelaki. Inilah yang dirasai oleh ibu kepada pelakon Mira Filzah, Puan Faizatul Akmar di mana beliau mempunyai tiga orang anak perempuan.

Ketiga-tiga anak perempuannya sudah pun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati masing-masing. Mereka ialah Ain Farhanah, Mira Filzah dan Aina Fadhilah kini bahagia bersama suami tercinta dan melayari bahtera perkahwinan.

Menerusi akaun Instagram, Puan Faizatul telah meluahkan isi hatinya yang begitu menyentuh hati. Ia juga merupakan pesanan buat anak-anaknya dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Puan Faizatul juga turut berkongsi gambar cucu dan anak-anaknya bersama pasangan-pasangan mereka.

Jom kita lihat perkongsian Puan Faizatul Akmar di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Rata-rata mengucapkan tahniah dan rasa syukur atas kebahagiaan keluarga ini. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah Tabarakallah, congratulations Aunty & Uncle.. “

” Very beautiful tribute indeed. Tahniah Puan, brjaya didik anak2 semua nya berjaya.. dari segi akhlak dan tingkahlaku.. tidak terpesona g0daan dunia. Beautiful family u have .. “

” Suka tengok family ni. Smoga Allah jagaa setiap satu.. Semoga semuanya berada dalam keberkatan Allah.. “

” Alhamdulillah. Tahniah dan moga dirahmati Allah SWT selalu puan .. “

” Syukur Alhamdulillah. Tahniah! Sis. Teman tumpang gumbira. Didoakan semoga seluruh ahli keluarga Sis sentiasa dlm rahmat Allah.. “

” Suka dengar speech acik.. soft and meaningful. terus lisa ckp kat alep, jgn la 3 L besar cpt. dah la 3 girls. sama mcm acik.. kami doakan agar mereka semua bahagia . Aamin yra.. “

Sememang doa dan restu daripada kedua orang tua kita adalah yang paling terbaik dalam menjamin kebahagiaan hidup. Semoga Puan Faizatul bersama suami dan anak-anak hidup berbahagia bersama keluarga tersayang sehingga ke akhir hay4t. Aminnn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faizatul Akmar Hisan, Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..