” Suara Tokti Anta Permana dah ada.. “
Pihak TV3 Gantikan Video Baru Anta Permana Di YouTube. Woww.. Merem4ng Bulu Roma Dengar Suara Dato’ Siti Nurhaliza. Merdu Sungguh !!
Anugerah Juara Lagu merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat composer, penulis lirik serta penyanyi. Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai.
Berlangsungnya sudah majlis gilang-gemilang itu, namun ada sesuatu yang berlaku membuatkan ada segelintir umum tidak berpuas hati tentang berlakunya sesuatu di majlis tersebut. Kecoh di media sosial apabila peminat-peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza ber4ng apabila kemunculan beliau di pentas AJL ke 34 mengalami masalah teknikal apabila mikrofon tidak berfungsi.
Rata-rata peminat dan penonton yang hadir tidak menjangkakan kehadiran penyanyi kesayangan itu di pentas AJL tersebut. Namun, di sebalik kemeriahan persembahan tersebut, penonton di rumah meluahkan rasa tidak puas hati apabila suara Siti tidak kedengaran di penghujung persembahan itu.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Dato’ Siti turut berkongsi di IG Story beliau yang pihak TV3 telah memuat naik video baru nyanyian beliau bersama Bob lagu Anta Permana di Anugerah Juara Lagu Ke-34. Mungkin ramai di antara kita tidak tahu tentang hal ini.
Wahhh!! Siapa belum dengar, marilah dengar semula.. Mengimbau balik momen paling bermakna. Sedap sungguh suara Tokti. Terima kasih kepada Tv3 kerana masukkan video baru untuk tontonan umum. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Hael Husaini, Bob serta Dato’ Siti kerana lagu Anta Permana mendapat tempat ke-3.
Tonton video penuh lagu Anta Pernama yang dikongsikan di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Youtube TV3 by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..