” Suara mengaji pun sedap, tenang je dengar.. ” – Netizen

Erra Fazira Kongsi Video Dan Gambar-Gambar Majlis Khatam Al-Quran Bersama Rakan-Rakan. Wah Tahniah Erra, Berseri-Seri Wajahnya. Suara Mengaji Pun Sedap !!

Diberikan gelaran Primadona Melayu Alaf Baru oleh peminat, Erra Fazira antara selebriti yang kurang terpal1t daripada sebarang kontr0versi. Semakin berseri-seri dan cantik sekalipun sudah lewat 40-an usianya, kecantikan Erra dikagumi ramai peminat.

Meninjau akaun Instagram Erra Fazira, telah dikongsikan sebuah video dan beberapa keping gambar semasa majlis khatam Al-Qurannya. Turut bersama kelihatan beberapa orang rakan mengajinya dan ustaz yang mengajar mereka bernama Bilal Sujak.

Menurut Erra, setelah bertahun akh1rnya dia berjaya juga khatam. Mengucapkan kesyukurannya, Erra turut memberitahu kali ini mencab4r untuk dia selesaikan kerana banyak cuti daripada menghadiri kelas mengaji.

Ucapan terima kasih juga dititipkan Erra untuk pengajarnya ini atas kesabaran dan ilmu yang dicurahkan. Bagus Erra, sentiasa memperbaiki diri dan berusaha menambah ilmu akhir4t walaupun sibuk dengan kerjaya.

Jom tonton video di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh Erra ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Ucapan tahniah diberikan dan tidak kurang juga yang memuji Erra yang nampak muda. Antara komen-komen mereka :

” Masya Allah Alhamdulillah, cantiknya kakakku. Forever patung, love sangat. Apeni cantik macam anak dar4 je.. “

” Lawanya Erra, tahniah. Semoga Allah selalu merahmati kita dengan Al Quran dan kita istiqomah mendampingi Al Quran.. “

” Alhamdulillah tahniah kak Erra, kak Intan Endran dan tasya. Berseri-serinya Kak Erra ni, bersinar-sinar.. “

” Beautiful person with beautiful heart. Suara mengaji pun sedap dan tenang je dengar. Terbaik Erra, dah berumur pun masih mengejar ilmu. Hebat.. “

” Alhamdulillah, tahniah dah khatam Quran. Cantik sangat sangat Erra pakai jubah macam ni. Macam anak patung.. “

” Sedapnya dengar suara Erra mengaji. Selalu dengar menyanyi dan berlakon je. Semakin cantik dan manis with hijab erra.. “

” Alhamdulillah, sejuk mata memandang Erra. Dapat juga dengar Erra mengaji, best suara. Anyway, kenapa kak Erra ni nampak makin muda remaja. Tips please.. “

Alhamdulillah, kenikmatan pasti dirasai Erra apabila dapat khatam Al-Quran. Usia dan kesibukan kerja bukan alasan dan Erra membuktikannya. Semoga perkongsian oleh Erra ini memberi inspirasi untuk semua peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..