” Status sekarang sudah bertunang dan dalam fasa persediaan.. ” – Mira Filzah

Video Pengakuan Mira Filzah Tentang Status Tunangan Orang Dan Majlis Perkahwinannya. Wahhhh Makin Dekat Bau Nasi Minyak Ni. Bakal Pengantin Let0p !!  

G0sip tentang hubungan cinta Mira Filzah bersama anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar semakin hang4t diperkatakan. Sejak Mira hadir di majlis resepsi Farah Nabilah Januari lalu bersama Emir, Mira terus diasak peminat tentang teman istimewanya itu.

Baik Mira mahupun Emir sedikit demi sedikit terbuka tentang hubungan mereka dan ini dapat dilihat di akaun Instagram mereka. Emir juga pernah berkongsi sekeping gambar yang kelihatan bayangan seseorang bersama sebentuk cincin dijari.

Baru beberapa hari yang lalu, Mira bersama ibunya kelihatan mengadakan perbincangan bersama wedding planner terkenal Reka Teemor. Ini semakin menguatkan lagi desas desus yang mengatakan majlis kahwin mereka akan berlangsung dalam masa terdekat.

Menerusi akaun Instagram Wanemirafilzah ( kelab peminat ), telah dikongsikan satu temuramah Mira bersama media. Mira yang ditanya mengenai status dirinya memberitahu dia sudah bergelar tunangan yang sah. Turut memberitahu bahawa persediaan awal untuk majlis perkahwinan sedang berjalan.

Jom tonton video di bawah :

Terdahulu, di Portal rasmi Harian Metro juga memaparkan berita tentang pengakuan Mira bahawa dia sudah bertunang ini. Ia turut dikongsikan di Instagram ini.

Pengakuan daripada mulut Mira ini menggembirakan dan mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen :

” Comel je tanya farha dulu nak jawab soalan.. “

” Baru malam tadi mimpi mira Filzah kahwin dah dengan emir. Pastu Now thissssss.. “

” Kahwin kt mane sbb nk pi tgk.. “

” Kak mira kahwin nanti jangan lupa ajak kumpulan qasidah al muqwa.. “

” Akk kahwin la kt kuala kangsar blh saye pergi.. “

Peminat juga sudah tidak sabar menunggu pengumuman Mira tentang tarikh nikahnya itu. Apapun, yang pasti sekarang persediaan sudahpun dimulakan. Mungkin bulan Oktober yang dicanangkan sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Sama-sama kita doakan semoga segala urusan Mira dan Emir dipermudahkan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wanemirafilzah, IG Mira Filzah, IG Wan Emir Astar, Portal Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..