” Speechless, cantik betul kulit muka Tunku Aminah.. ” – Netizen

Video Wajah Puteri Tunggal Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Disolek Oleh Jurusolek Antarabangsa, Babara Beer Raih Pujian Ramai. Cantik Sungguh Wajah Tunku Aminah, Tak Berkelip Mata Yang Memandang !!

Meninjau di akaun Instagram milik Babara Beer iaitu jurusolek terkenal antarabangsa telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan dirinya telah berkesempatan untuk menyolek wajah puteri tunggal Johor iaitu Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

Dalam video yang dimuatnaik oleh Babara itu, terlihat wajah Tunku Aminah begitu cantik dan anggun hasil sentuhan makeup daripada Babara. Pada kapsyen video, Babara mengatakan makeup yang dikenakan pada Tunku Aminah sangat cantik.

Selain itu, ada video yang memaparkan wajah Tunku Aminah tanpa secalit makeup. Perkongsian tersebut telah mencur1 perhatian warganet. Ramai yang menyatakan Tunku Aminah memiliki kulit wajah yang bersih dan menawan.

Sehingga kini setiap berkongsi video dan gambar oleh Babara menyolek Tunku Aminah telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Woww natural beauty lah Tunku Aminah.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen pelbagai respon telah diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Babara Beer. Antara komen-komen menarik adalah :

” Speechless, cantik betul kulit muka Tunku Aminah. Untung Babara dapat makeup puteri raja secantik Tunku Aminah.. “

” Bersihnya wajah Tunku, tak makeup lagi pun dah berseri cantik sangat. Dah makeup terus nampak lagi wowww.. “

” So perfect, terkedu tengok. Tunku Aminah ni memang anak raja yang paling cantik pernah saya tengok.. “

” Oh my god, lawaaaaanyaaaaaa paling suka tengok video Tunku Aminah buat jelingan mata tu, gojesss bebb.. “

” Muka dah cantik, makeup lah macam mana pun, memang akan cantik. Tunku Aminah ni memang jenis muka yang natural beauty.. “

 ” Lawa gil4 ehhh dah macam magic. Sentuhan tangan Babara memang cantik sangat, Tunku Aminah pula memang dah lawo.. “

” Omggggg Babara makeup Tunku Aminah. Lawanyaaa semua video makeup Tunku Aminah, tak berkelip mata tengok.. “

Patutlah ramai yang melihat memberikan kata pujian, bersih sungguh kulit wajah Tunku Aminah tanpa secalit makeup, malah setelah makeup wajah Tunku Aminah seperti puteri kayangan. Kalau dilihat rupa paras Tunku Aminah ini telah mewarisi kejelitaan ibundanya, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG babarabeer_makeup

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..