” Soft spoken je Fasha layan kerenah anak dia.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Video Gelagat Anaknya, Jemyma Di Hari Pertama Persekolahan. Alahai Jemyma Punya Meraung Tu, Sayu Betul. Part Fasha Pujuk Tu Paling Win. Penyabar Betul !! 

Kisah kehidupan pelakon popular Fasha Sandha sentiasa menjadi perhatian peminat. Fasha yang sudahpun bergelar ibu kepada 3 orang anak ini kini gembira dan bahagia dengan kehidupan barunya. Fasha sebelum ini pernah mengalami kekecew4an dalam perkahwinan pertamanya bersama Jejai Ashram.

Dikurniakan dua orang anak menerusi ikatan ini, Fasha menjadi ibu tunggal yang kuat semangat. Rayfal dan Jemyma adalah dua permata hatinya hasil perkahwinan ini. Beberapa tahun bergelar ibu tunggal, Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz.

Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahayamata pertama mereka 7 Ogos yang lalu iaitu seorang bayi perempuan. Menggabungkan nama Fasha dan Aidil, nama Aisha Amaira dipilih sebagai nama anak mereka. Jemyma yang sudah lama inginkan adik perempuan adalah orang yang paling jelas terlihat wajah gembira apabila kali pertama bertemu adik Aisha.

Menerusi akaun Instagram, Fasha telah berkongsikan satu video yang menunjukkan suasana di hari pertama persekolahan Jemyma. Jemyma yang menang1s tidak mahu Fasha pergi men1nggalkannya namun dipujuk Fasha dengan penuh kelembutan. Alahai sayu sungguh tengok Jemyma meraung sebegini.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Jemyma yang menang1s sambil mendakap erat Fasha ini menyent0h hati ramai. Namun cara Fasha menangani dan bertutur dengan Jemyma itu jadi tumpuan peminat. Antara komen-komen mereka :

” Soft spoken je fasha layan kerenah anak dia.. “

” Lagi sed1h sebab tinggal adik baby ni… Sayang Jemyma.. “

” Suka tengok fasha, penyayangnya. Cantik pulak tu pakai tudung.. “

” Olololo jemyma shiannya dia… Kak fasha is a good mother ever.. “

” Adoii terbayang anak sendiri nanti. Drama queen ke betul2 tu hehe.. “

” Beriya dia nang1s.. Seronok dok umah lama tu main dengan adik baby.. “

” Pelok mcm tak mau lepas tu, aduhaii anak.. “

” Sed1hh nye tengok, ape2 pun cantik sgt kak fasha bertudung.. “

” Girl seorang ibu yang baik. Lembut je.. ” – Azza Elite

Alahai sed1hnya Jemyma bila kena ke sekolah ini. Iyelah cuti panjang sebelum ini pasti perasaan tak nak pergi ke sekolah itu datang. Cara Fasha memujuk Jemyma itu pun memang penuh dengan kesabaran. Semoga Jemyma dapat menyesuaikan diri dengan dan kembali ceria seperti biasa. Good Luck Jemyma !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..