” So sweet, suka dengar dia cakap.. “

Erra Fazira Kongsi Video Anaknya, Engku Aleesya Minta Belikan Kalkulator Namun Dialek Percakapannya Jadi Perhatian. Dah Lain Macam Bunyinya Sayang !!

Siapa tidak kenal pelakon jelita, Erra Fazira. Satu nama yang gah dan tersohor di dalam dunia hiburan tanahair. Untuk pengetahuan, Erra atau pemilik nama sebenar Fazira binti Wan Chek dilahirkan di Sungai Choh, Rawang Selangor pada 9 Februari 1974.

Walaupun sudah berusia lewat 40-an, namun wajahnya tetap jelita seperti anak dara lagaknya. Erra pernah mengahwini penyanyi Yusry Abdul Halim namun jodoh mereka tidak panjang. Setelah itu, Erra bertemu jodoh keduanya bersama Engku Emran Zainal Abidin namun tempoh perkahwinannya yang kedua ini juga tidak berpanjangan.

Erra dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan kedua ini diberi nama Engku Aleesya. Aleesya membesar menjadi seorang anak yang cantik mewarisi kecantikan ibunya ini. Sudahpun berusia 11 tahun, Aleesya semakin mencur1 perhatian netizen melalui posting di akaun sosial milik Erra Fazira.

Menerusi akaun Instagram, Erra Fazira telah berkongsikan video rakaman perbualannya bersama anaknya Engku Aleesya yang meminta untuk dibelikan kalkulator. Namun yang menarik perhatian, bait ayat dan dialek bahasa Melayu yang dituturkan Aleesya kedengaran tidak seperti melayu asli. Sekali dengar macam anak c1na pun ye.

Jom tonton video di bawah :

” Mari belajar Bahasa Malaysia.. Dah bunyi siam + c1na + india dah anakanda ku seorang ini… ”

” Takpe sayang.. Keep it up!! Practice makes perfect darling!.. You can do it !!.. “

” Lepas ni belajar bahasa mom pulak.. Bahasa Bengkulu.. APE-PARO-NGA NGAYAT TE PEK ?? MARE BADU LA.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aleesya ini. Antara komen-komen netizen :

” Macam muallaf dah kak era… Hihihi.. “

” Comelnya dia… Bercakap pun ada lesung pipit.. “

” Keturunan bengkulu rupanya… Baru ambo tau cak nyo.. “

” Hahahahah comel.. Mum pun Siam siap.. “

” Manjanya suara dia.. “

” Haha mom ni suka nyakattt.. “

” So sweet suka dengar dia cakap.. “

” Gini la kalau dapat mom seorang Inspektor.. Kena soal siasat sebelum dulu sebelum dapat.. “

Alahai Aleesya manja betul lenggok suaranya. Lembut tak ubah seperti ibunya itu. Walaupun berbunyi sedikit pelat namun tetap comel dipandangan mata. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Aleesya dan semoga diberi kemudahan untuk terus belajar dan menjadi insan yang bijaksana. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..