” So sweet, mesti mommy yang taip ni kan.. ” – Netizen

Ucapan Selamat Hari Bapa Buat Sharnaaz Ahmad Daripada Akaun Instagram Jebat Jayden Tarik Perhatian Peminat. Wah Jebat Ke Mommy Nabila Punya Kapsyen Ni. Sweet Sangat Ikon Tu !! 

Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih mengekalkan hubungan baik mereka demi putera kesayangan Jebat Jayden. Sekalipun perbicaraan kes mereka masih belum selesai, kedua-duanya mencapai kesepakatan untuk kebahagiaan Jebat.

Mengetepikan eg0 masing-masing, Sharnaaz dan Nabila berdamai sejak Ramadhan lalu. Sering melawat Jebat dan menghabiskan masa bersama hero kesayangannya itu, peminat menyambut baik hubungan ini dan mendoakan semoga mereka kembali bersama.

Sambutan Aidilfitri lalu juga menyaksikan Sharnaaz beraya bersama Nabila dan Jebat. Gambar mereka sekeluarga kelihatan mesra dan gembira sekali. Dan hari ini sempena sambutan hari bapa, di akaun Instagram Jebat juga tidak terlepas daripada menyampaikan ucapan istimewa untuk babanya itu.

Menerusi akaun Instagram Jebat Jayden, telah dikongsikan beberapa keping gambar Jebat bersama Sharnaaz sejak bayi sehingga kini. Turut menulis sama ucapan selamat hari bapa yang ringkas sempena sambutan hari bapa hari ini, ada ‘sesuatu’ pada ucapan itu yang membuat netizen tertarik.

Jom baca perkongsian di bawah:

View this post on Instagram

Happy fathers day baba ❤️

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” So sweet. Mesti mommy yang taip ni kan.. “

” Jebat said…. ‘can I stay with both daddy & mummy pleassseee.. “

” So sweet.. Mommy love baba jgk.. “

” Alahai seb4k la plk sis.. Selamat hari bapa utk baba jebat.. “

” May Allah reunite them. Happy Fathers day to your baba jebat.. “

” Wahhh sapa admin ig jebat jayden ni ek ibunya ke.. “

” Ameen semoga kembali menyatu andai Allah izinkan.. “

” Twinning dgn baba la jebattt. so cuteee.. “

Sweet sungguh ucapan selamat hari bapa daripada Jebat ni. Ikon bentuk love tu macam sesuatu betul. Andai betul Nabila yang menulis, so sweet of you mama Jebat. Walaupun simple, tapi penuh bermakna. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan ketenangan untuk Jebat sekeluarga dan kembali bersama seperti dahulu andai diizinkan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jebat Jayden, IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..