” So adorable, kalau anak saya dah makan kot timun tu.. ” – Netizen
Umie Aida Kongsi Video Membuat Urutan Kepada Anaknya, Aisya Humaira. Part Aisya Tidak Mengusik Timun Yang Berada Di Matanya Dapat Pujian Netizen. Wahh, Memang Behave Sangat Aisya Ni Tau !!
Aisya Humaira merupakan anak angkat kepada selebriti terkenal Datin Seri Umie Aida. Aisya yang kini sudah pun mencecah usia 1 tahun. Datin Umie Aida seringkali memuatnaik gelagat dan keletah Aisya di laman Instagram miliknya untuk dikongsikan buat peminat-peminatnya.
Kecomelan Aisya sering menjadi perhatian di media sosial. Datin Umie Aida memberi sepenuh layanan dan kasih sayang buat Aisya. Ini merupakan amanah dan tanggungjawab serta anugerah terindah buat Datin Umie Aida dan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Bertambah bahagia melihat kehidupan Datin Umie Aida dengan kehadiran Aisya Humaira yang mana menyerikan lagi rumahtangganya. Rasa sekejap sahaja masa berlalu, kini Aisya sudah semakin membesar malah bagi sesiapa yang melihat gelagatnya pasti terukir senyuman dan tawa.
Menerusi laman Instagram, Datin Umie Aida telah berkongsi sebuah video. Video tersebut memaparkan beliau sedang melakukan urutan buat anaknya, Aisya Humaira. Menurut Datin Umie Aida beliau suka melakukan urutan ini kepada anaknya bertujuan menambahkan lagi perasaan kasih antara beliau dan anaknya.
Tambahnya lagi, setiap kali selepas beliau memandikan dan menyapu krim pelembab ke badan anaknya itu, beliau akan terus melakukan urutan. Anaknya, Aisya Humaira akan merasa seronok dan akan terus tertidur. Kelihatan juga Aisya Humaira tidak menganggu atau makan timun yang diletakkan di matanya itu. Wah, behave sangat !!
Jom tonton video di bawah ini :
Perkongsian video daripada Datin Umie Aida ini telah menarik perhatian teman rapat dan juga netizen. Mereka menyatakan keseronokan dan bertuahnya Aisya dilayan sebegitu. Ini antara komen-komen mereka :
” Comey nya bunjut kepala dia tu lahai, dia tak buang timun tu paling hebat rasanya.. “
” Ya Allah, Ya Tuhan ku, taktau apa ckp dahh. Punya syokk dia siap lelap bagaii.. “
” Ya Allah, ger4mnya tengok budak ni. Apasal awak cute sangat, relax aje.. “
” Pasai pa comei tidoq lagu tu, dah macam anak raja dah aisyah ooiii, adorable baby shaaa.. “
” Ya Allah so adorable. Kalau anak saya dah makan kot timun tu.. “
Alahai seronoknya Aisya Humaira dilayan seperti anak raja kan. Duduk diam sahaja apabila diurut seluruh wajahnya. Bertuahnya Aisya mendapat ibu seperti Datin Umie Aida. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Aisha terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..