” Simpan ni, bila besar tunjuk kat dia.. ” – Netizen

Nad Zainal Kongsi Lukisan Orang Utan Yang Dilukis Oleh Anaknya, Yem Buat Netizen Terhibur. Wahh, Menarik Betul Orang Utan Yem Ni Ye, Sampai Sharnaaz Ahmad Pun Komen !!

Pelakon comel Nad Zainal bukanlah muka baru dalam dunia lakonan. Nama sebenarnya Farah Nadia binti Zainal Abidin ini merupakan anak jati Selangor. Bakat lakonan Nad tidak perlu disangkal lagi. Apa sahaja watak yang dibawakan olehnya pasti menjadi dan memberi kesan yang mendalam bagi penggemar drama melayu.

Pelakon gen1t ini sudah lama bertapak dalam dunia seni tanahair dan pelbagai watak yang telah dimainkannya. Tidak hairanlah Nad seringkali dipilih oleh pengarah dan penerbit drama tempatan. Selain bidang lakonan, Nad juga telah menceburi bidang perniagaan barangan kosmetik dengan jenamanya sendiri iaitu Audela.

Kehadiran cahaya mata lelaki di dalam hidupnya menjadi pelengkap rumahtangga Nad dan suami. Seperti selebriti yang lain Nad juga seringkali berkongsikan gambar dan video anaknya untuk tatapan peminatnya di Instagram. Anaknya yang dipanggil Yem itu seringkali menjadi perhatian kerana gelagatnya yang mencuit hati.

Terbaru, menerusi laman Instagram, Nad Zainal telah memuatnaik sebuah posting bergambar. Gambar tersebut adalah hasil lukisan tangan anaknya. Yem memberitahu kepadanya lukisan itu adalah lukisan orang utan. Apa yang mencuit hati, lukisan tersebut tidak kelihatan seperti orang utan. Namun ianya tetap comel.

Di bawah ini adalah perkongsian daripada Nad . Jom lihat !!

View this post on Instagram

Yem's Art dia kata Orang Utan #proudmummy

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Perkongsaian Nad mendapat respon yang positif daripada kenalan rapat dan juga netizen. Mereka memuji lukisan Yem dan juga menyuruh Nad menyimpan sebagai kenangan. Ini antara komen-komen mereka :

” Simpan ni nad. Bila besar tunjuk kat dia dan kita pun boleh senyum.. “

” Hihi comeelll, Bagus tu, dia dah imaginasi. Nanti lagi cantik lukisan dia. Anak kita mula2 pun berlidi2 bentuk.. “

” Kita geng Yem, Aunty pon smpai skarang lukis org lidi ni Nad Zainal.. “

” Ingatkan dia express muka mummy masa mar4h hahaha.. “

Aktor Sharnaaz Ahmad juga turut men1nggalkan komen pada posting Nad itu. Jom lihat Apa yang telah dikomen oleh Sharnaz dan juga respon daripada Nad sendiri dalam screensh0t di bawah ini.

Wah, pandainya Yem. Seharusnya begitulah, ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk melukis dan berimaginasi dengan caranya sendiri. Walaupun nampak simple tetapi itu suatu pembelajaran yang baik. Kami di Berita Kopak bagi 10 bintang buat Yem dan mendoakan semoga Yem terus maju jaya. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..