” Silat suami isteri katanya.. “

Perkongsian Dato Siti Nurhaliza Buat Ramai Kaum Isteri Terpeg0n. Wowww Hebatnya Tokti !!

Nama Dato Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal tidak hanya di Malayisa, malahan namanya juga tular hingga ke negara-negara jiran, Singapura Indonesia dan Brunei. Dato Siti dilahirkan pada tanggal 11 Januari 1979 di Kampung Awah Temerloh Pahang. Beliau adalah anak keempat daripada tujuh adik beradik.

Kerjaya seninya bermula di awal tahun 1995 setelah berjaya menjadi juara pertandingan Bintang HMI siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lagunya sememangnya sering mendapat tempat dihati peminat antaranya Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu , Kau Kekasihku dan banyak lagi. Pernah digelar ” Suara Asia ” dan ” Celine Dion Asia ” kerana kelunakan dan kemerduan suaranya itu.

Dato Siti mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. Perkahwinan mereka mendapat liputan meluas di media massa dek kerana hebatnya Dato Siti menyimpan rahsia siapa bakal suaminya ketika itu. Hasil ikatan ini, mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Siti Aafiyah.

Menerusi akaun Instagram, Dato Siti Nurhaliza telah meletakkan sebuah gambar aksinya seakan-akan berl4wan silat dengan sumainya Dato Khalid Jiwa. Namun disebalik gambar, diselitkan maksud tersirat pada ayat kapsyennya itu. Bijak dan matang sungguh Tokti ni.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Dalam rumahtangga pasti ada tak sependapat tapi akhirnya pasti ada penyelesaian.. Hahahaha.. Saja ja kita dok asah langkah silat .. Silat suami isteri katanya.. Sekeras mana suami pasti dapat di lenturkan dengan kelembutan si isteri.. betul kannn?.. “

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Dato Siti meninggalkan komentar. Antara komen-komen peminat :

” Comelnya pasangan nie.. sweet terox!!.. “

” So sweet…. Comelll laaaaa… “

” Silat-silat pastu peluk pinggang ecewah.. “

” Aloo, sweet nyeee caption + gambar tu.. Semoga kekal hingga ke jannah.. “

” Aafiyah bukak langkah silat ikut ibu laa ni.. “

” Dato ct @ctdk sape je yang tak cair ye kan.. “

” Semoga @ctdk dan husben bahagia sokmo yea.. “

” Tokti senyum je Tok K dah cair dah.. “

Kematangan dan keharmonian berumahtangga yang patut dijadikan tauladan dan panduan untuk pasangan-pasangan lain. Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi kalau disiram air lama-lama lembut juga. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kerukunan rumahtangga Dato Siti berkekalan aman damai hingga ke akhir hayat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..