” Alahai.. cantiknya anak awak.. “

Pelakon Hisyam Hamid K0ngsi Gambar Bersama Anak-Anak Dan Isteri. Woww !! Tak Sangka Anak Dara Hero “TQ Captain” Ni Cantik..

Nama Hisyam Hamid semakin menaik setelah membintangi menerusi beberapa drama, antaranya Abang Bomba I Love You, Rahsia Hati Perempuan dan terkini, TQ Captain di Astro Ria. Ramai yang tidak tahu, bahawa pelakon Hisyam Hamid  sudah pun berkahwin.  Mesti ramai yang tidak sangka kan?

Aktor kelahiran Singapura yang juga seangkatan dengan Aaron Aziz ini telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu, Rosmawati Hanafi dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Di usia 34 tahun, siapa sangka beliau telah mempunyai seorang anak dara yang bernama Nurish Syamelia.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di negara kelahirannya. Beliau berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonannya. Hisyam meraih kejayaan krit1s menerusi drama Slot Akasia TV3 Ariana Rose.

Menerusi Instagram, Hisyam telah berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya. Gambar itu memaparkan Hisyam bersama isteri serta dua orang anak pasangan ini. Gambar tersebut menjadi tumpuan netizen akan anak perempuannya iaitu Nurish Syamelia. Nurish Syamelia yang kini sudah berusia 12 tahun kelihatan sangat cantik.

Ikuti perkongsian Hisyam di bawah :

” Sunday = Family Day .. “

Rata-rata netizen telah memberikan komen tentang anak perempuan Hisyam. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comel anak dara tu.. “

” Lawaaa nye lahaiii anak dara.. “

” Cantik nya anak dara awak ..”

” Cantik nya puteri awak.. “

” Nurish, you are so look beautiful.. “

” Hisyamhamid7..  dua2 anak u cantik n hansem.. “

Woww !! Cantik sungguh anak dara Hisyam ni. Tengok ayah pun hensem, ibu pun cantik, anak mesti la cantik. Kelihatan keluarga ni bahagia bersama. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan semoga Hisyam serta keluarga sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Hisyam Hamid, Nurish by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..