” Siapa Kepom, saya Elly Mazlein. Penyanyi kan.. ” – Elly Mazlein

Video Gelagat Mencuit Hati Elly Mazlein Selepas Membuat Persembahan Di Pentas Gegar Vaganza. Terus Tak Mengaku Nama Dia Kepom Yer Lepas Menyanyi. Konon-Konon Nak Serius Lah Tu. Tapi Ramai Pulak Nak Elly Jadi Kepom, Hehe !!

Penangan Kak Lina Pompom atau Elly Mazlein di rancangan Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) berhasil dan disukai ramai. Bergandingan dengan Nabil Ahmad, Kak Lina berjaya mengambil hati penonton setia Gegar Vaganza sebagai hos.

Semalam, Konsert Gegar Vaganza telah pun ke semi final. Pada awal persembahan, Elly Mazlein telah menyanyikan sebuah lagu secara solo tanpa bergandingan bersama Nabil. Namun apa yang mencuit hati ramai adalah telatah Elly setelah selesai membuat persembahan tersebut.

Sejurus Nabil menyebut panggilan Kepom kepada Elly, dengan serius Elly bertanya siapakah Kepom dan mengatakan dirinya adalah Elly Mazlein yang merupakan seorang penyanyi. Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Elly itu, Nabil begitu terhibur dan berharap Elly akan terus berubah kembali menjadi Kepom.

Lagak ‘ser1us’ Elly terhenti apabila Nabil bertanyakan kepada semua penonton adakah mahu Elly menjadi penyanyi atau menjadi Kepom. Mendengar sorakan ramai yang mahukan Elly menjadi Kep0m, terus Elly berubah kembali perwatakannya sebagai Kep0m yang ceria.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan telatah Elly dan ramai yang memberikan emoji ketawa selepas menonton video itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tengok GV lagi best sekarang sebab Ada no Syatu, gituuu. I love Elly Mazlein and Kepom so much.. “

” Senget lah lah Elly, terus berubah hahaha. Lawak lah lah Elly ni. Tapi memang best lah tengok perang4i Elly.. “

” Masuk air lah Kepom, hahaha. Kalau susah sngat kita letak 3 skali tahun dpn. Biar masuk skali Jihan ngn Kak Kepom yang penting Kak Lina no syatuu.. “

Sehingga kini, video Elly tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah ramai yang mahukan Elly kekalkan karakter sebagai Kepom, meriah sungguh suasana Konsert Gegar Vaganza semalam.

Penyanyi, pelakon dan pengacara jelita ini sememangnya sudah mempunyai ramai peminat apatah lagi apabila Elly menjadi pengacara, tak kering gusi penonton dibuatnya. Apa-apa pun semoga Elly Mazlein terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mediahiburan, iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..