” Siapa gelak aku tak nak kawan.. ” – Izzue Islam

Video Izzue Islam Yang Nak Makan Tapi Terlupa Nak Tanggal Face Shield Mencuit Hati Ramai Peminat. Alahai Pokjue Kenapa Jadi Gitunya. Kelakar Jugak Izzue Ni !!

Sebut sahaja nama Izzue Islam, pasti peminat membayangkan jejaka kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang kacak bergaya ini. Nama Izzue mula dikenali ketika menyertai kumpulan Forteen yang bernaung di bawah KRU Studios.

Izzue mengembangkan lagi bakatnya dengan mencuba nasib dalam bidang lakonan. Diberikan watak utama dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia bergandingan bersama aktress Tiq Zaqyah melonjakkan nama Izzue sebagai pelakon berbakat besar.

Setelah 7 tahun bersama Forteen, Izzue mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan tersebut dan menumpukan perhatian terhadap bidang lakonan. Izzue sudahpun berkahwin dengan Awin Nurin iaitu pengurus peribadinya sendiri.

Meninjau akaun Instagram Izzue Islam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gaya Izzue makan yang dirakam secara sembunyi-sembunyi. Izzue yang memakai face shield ketika itu terlupa membuka alatan itu lantas menyuap makanan.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Sape gelak aku tanak kawan 😑

A post shared by Izzue Islam â„¢ (@izzueislam) on

Gaya lucu Izzue ini menarik perhatian peminat dan buat ramai terhibur. Antara komen-komen mereka :

” Lapar sgt tu yerk sampai tak ingt. Bertabahlah haha.. “

” Halaaaa tergelak pulakkk. jgn la tak kawan.. “

” Alorrr nyaknyoo guuu. Kesi4nnyaa kena gelak plak tu.. “

” Ok ni buktikan face shield ni berfungsi.. “

” Bakpo pokjue tak ingat nak bukok. Sorry la Izzue tergelak pulak.. “

” Alamak dah tergelak mcm mne ye hahaha.. “

Excited sangat nak makan gayanya tu sampai lupa face shield lupa nak buka tu. Gelak sakan Awin tengok muka frust Izzue tu. Menghiburkan sungguhlah Pokjue ni. Apa pun, semoga Izzue sentiasa gembira bersama isteri tercinta dan dikurniakan rezeki yang melimp4h ruah selalu. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izzue Islam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..