” Si sulung makin cantik, si abang tambah handsome, adik-adik pun cute betul.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Vie Shantie Khan Menyambut Ulangtahun Kelahiran Anak Bongsunya, Vie Raissa Bersama Anak-anak. Wah Makin Besar Makin Handsome Dan Cantik Anak-Anak Vie Ni, Macam Mommy Mereka !!
Nama Vie Shantie Khan dikenali sebagai usahawan yang semakin bersinar dan berjaya. Vie Shantie mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama aktor, Datuk Sri Eizlan Yusof iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Manakala perkahwinannya kini bersama Datuk Seri Rahman Dahlan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Vie Raissa. Meninjau akaun Instagram Vie Shantie, telah dikongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan mereka sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran Raissa.
Tahun ini genaplah usia Raissa yang ke 3 tahun. Tak terasa masa begitu cepat berjalan, Raissa membesar menjadi anak yang comel sama seperti kakak-kakak dan abangnya. Melihat akan wajah anak-anak Vie Shantie ini, warganet teruja akan kecantikan kesemua anak usahwan ini.
Sekalipun sambutan hari lahir Raissa kali ini cukup sederhana, namun suasana dan tempat di mana ia disambut pasti akan diingati oleh Raissa. Comel-comel semuanya memakai topi dan kek-kek yang terhidang di atas meja juga nampak sedap.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Vie Shantie iniĀ telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantik-cantiknya anak puan. sayang nau kakak dekat adik i like. Blessed 3rd Birthday Vie Raissa.. May always in barakah.. “
” Semuanya cantik macam mamanya. Waooo lucu lucu sekali ya adik adik yag pintar pintar ya. comelnya family ni.. “
” Comelnya la anak-anak vie, si sulung makin cantik, si abang tambah handsome. Adik-adik pun cute betul.. “
” Barakallahu fii umrik anak cantik sholehah, sehat sll, panjang umur penuh berkah. Happy Birthday Raissa.. “
” Masyaallah semua comel2 anugerah ilahi ni. Yaumul milad Ve Raisa cantik… Barakallah fii umriik ya sayang.. semoga panjang umur, sehat selalu dan menjadi anak yg soleha dan cerdas. Aamiin.. “
” Anak-anaknya kakak Vie cantik-cantik dan handsome. All beautiful, cute and sweet like mummy.. suka tengok sayang dan pengasih adik beradik ni.. “
” Vie ooooiiiii semuanya comel dan cantik-cantik. Happy Birthday Raisa. Smoga dkurniakan kebahagiaan dunia akhirat.. “
Dari yang sulung sehinggalah adik paling bongsu, semuanya cantik dan handsome. Tak puas mata memandang anak-anak Vie Shantie ini. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta membanggakan kedua orang tuanya dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Vie Shantie Khan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..