” Seronoknya dengar kak Nurul cakap France.. berpintal-pintal.. “
Kongsi Video Balik Kampung Mertua Di France. Netizen Teruja Dengar Nourul Deep Cakap France. Wow, Hebatnya !!
Noorulhuda binti Abdul Wahab dahulunya lebih dikenali sebagai Nurul Wahab namun kini beliau lebih dikenali sebagai Nurul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon suatu ketika dahulu. Nurul telah mendirikan rumahtangga bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp pada 7 Jun 2012.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Nurul. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary yang dilahirkan pada 3 Oktober 2013 dan Raphael yang dilahirkan pada 15 Januari 2015 serta seorang cahaya mata perempuan bernama Isabella.
Nurul mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah daripada perkahwinannya yang pertama. Ayu dilahirkan pada tahun 1998. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau pernah meraih anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.
Menerusi entri terbaru di Instagram Nurul, beliau berkongsi videonya bersiar-siar bersama keluarga mertua di France. Nurul sekeluarga telah pulang ke kampung suaminya beberapa hari yang lalu. Apa yang menarik perhatian netizen ialah Nurul berkomunikasi dalam bahasa France dengan mertuanya.
Tonton video di bawah :
” Bila depa kata depa boleh bercakap dengan ikan dan lobster. Balik sini macam sejenis “lupa diri”. Nak kata macam kampung pak dia pun; memang kampung pak dia. So. Suka hati lah anak anak oi! “
Rata-rata netizen kag0m mendengar Nurul bertutur dalam bahasa perancis. Antara komen-komen yang diberikan :
” Pandai Nurul cakap france.. “
” Bestnyaa h4mpa.. buleh ckp mcm2 bahasa loghat utara the best laa .. “
” Wahhh… dh pandai ckp Perancis.. “
” Seronok nye dgr kak Nurul ckp.. bepintal² .. “
” Pandai ckp France ya sis.. “
” Fuiyo u talk france language.. “
” Post more video pleaseee.. suka la dengar kak Nurul cakap france.. “
” Sedap dengar kak @nouruldepp ckp france. Ckp byk sikit purlesssss. . “
Wah, tak sangka rupanya Nurul boleh bertutur bahasa perancis. Senanglah nak bersembang dengan keluarga mertua kalau begitu. Yang paling beruntung ialah anak-anak Nurul kerana boleh belajar pelbagai bahasa daripada ibu dan bapa mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurul Deep by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..