” Seronok dengar cara mereka menghalalkan hubungan.. ” – Netizen
Video Da’i Syed Dan Hana Ismail Kongsi Cerita Detik ‘Taaruf’ Mereka. Tak Sangka Da’i Syed Siap Pernah Kena Warn1ng Dengan Adik Hana !!
Pada hari Sabtu lalu, pendakwah selebriti Da’i Syed telah selamat diijabkabulkan dengan pengacara televisyen, Hana Ismail. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah Hana iaitu Ismail Dahwan. Selepas itu, mempelai diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan di Magika Hall, Monterez Club Shah Alam.
Terbaru meninjau di akaun Instagram radio Zayan telah memuatnaik beberapa video yang memaparkan pengantin baru ini hadir sebagai jemputan. Dalam video itu, Da’i Syed dan Hana telah berkongsi cerita detik ‘taaruf’ mereka.
Difahamkan detik pertemuan pasangan ini adalah ketika hadir ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh Datin Paduka Umie Aida di rumahnya. Selain itu turut dikongsikan beberapa lagi cerita sepanjang perkenalan mereka sehingga Hana meminta tempoh untuk istikharah.
Da’i Syed dan Hana turut berkongsi amalan doa yang diamalkan oleh mereka untuk permudahkan urusan jodoh. Sehingga kini video-video tersebut telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Seronok dengar cara mereka menghalalkn hubungan. Nampak bahagia betul Hana dan Da’i Syed.. “
” Betul lah indah saat bercinta selepas kahwin. Manis betul tengok Hana senyum, masih berseri-seri seperti raja sehari.. “
” MasyaAllah. Semoga sentiasa sakinah, mawaddah wa rahmah Da’i Syed dan isteri dari saya peminat setia kalian.. “
” Moga pasagan ini kekal bahagia hingga ke jannah brsama keluarga tersayang. Suka lah tengok muka Hana.. “
” Selamat pengantin baru Da’i Syed dan Hana semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah nanti, amin.. “
” Mashaallah Tabarakallah. Semoga rumah tangga yg dibina Mawaddah Sakinah Warahmah Aamiin Ya Mujib.. “
” Am not a big fan of anyone of u but the journey both of u experienced in entangling the knots was beautiful indeed. Semoga beroleh bahagia sejahtera dan kekal mahligai kalian bawa ke syurga.. “
Indah betul kisah perkenalan Da’i Syed dan Hana. Hanya mengambil masa 1 hari untuk kenal dan 7 hari untuk istikharah. Semoga rasa nikmat bahagia yang dirasai pasangan ini akan terus kekal sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zayan.my, daisyed
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..