” Serius cantik gil4 Cik Piah macam barbie d0ll.. “

Feeya Iskandar Kongsi Gambarnya Memakai Contact Lense Dan Bers0lek Persis Anak Patung Begitu Memuk4u Netizen. Pergh, Cantik Sangat !!

Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan merupakan pengacara dan penyampai radio. Beliau mempunyai satu keistimewaan iaitu boleh mangajuk suara penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Feeya merupakan graduan jurusan Diploma Pengurusan Seni daripada Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam, Selangor. Beliau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah. Beliau pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio ERA.FM dan SINAR.FM.

Terdahulu, Feeya juga pernah menjadi pengacara untuk program Kilauan Emas dan Maharaja Lawak Mega. Feeya telah berkahwin dengan Nurashid Abd Wahab pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Adam Malique dan Nuh Aryyan.

Menerusi akaun Instagram, Feeya berkongsi gambarnya memakai contact lense berwarna jernih dan disolek ala barbie doll telah mendapat pujian daripada netizen. Wajah Feeya berbeza apabila beliau memakai contact lense. Cantik sangat !

” Today makeup by @myramegan tq dik. Contact lense tu pun beli dkt dia gak. Dia ada jual.. “

Rata-rata netizen memuji kecantikan Feeya persis anak patung. Antara komen-komen mereka :

” Comelnyee Cik Piah.. “

” Cik Piah asal muke lain sangat ni puteh berbeno la.. “

” Mcm anak patung. Cantiknyaaaa.. “

” Cik Piah.. lens dia ada power ke x..? Serius cantik mcm ank patong.. “

” Cantik ter0k ni Cik Piah.. “

” Amboiiii anak patung sis.. “

 ” Serius cantik gil4 Cik Piah mcm barbie d0ll.. “

Sekali pandang admin hampir tidak mengenali itu adalah Feeya Iskandar. Lain sangat wajah Feeya apabila disolek dan memakai contact lense. Apa pun, wajah Feeya sememangnya sudah cantik apatah lagi disolek begini lagi bertambah cantik. All the best Cik Piah !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Feeya Iskandar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..