Senarai Pemenang Gegar Vaganza Musim Ke 6

Tahniah Kepada Semua Pemenang. Keputusan Yang Sangat Mengej0tkan Ramai !!

Rancangan realiti hiburan, Gegar Vaganza menjadi fenomena dan keg1laan peminat dunia hiburan tanahair. Sudahpun memasuki musim yang keenam, rancangan ini mula disiarkan pada 13 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Malam ini merupakan minggu ke 11 dan konsert akhir Gegar Vaganza. Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA ) menjadi saksi berakhirnya program hangat ini. Diserikan lagi dengan pasangan pelawak sebagai pengacaranya , Nabil Ahmad dan Jihan Muse pastinya menggamatkan lagi suasana.

Kehebatan dan kekuatan vokal para peserta pada malam Konsert akhir ini diadili oleh pengarah muzik terkenal , Dato’ Ramli M.S dan penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang, yang bertindak sebagai juri tetap disamping juri undangan Dato’ Rizalman.

Pada episod akhir malam ini bakal menyaksikan seramai 6 orang peserta yang masih bertahan untuk merebut gelaran juara iaitu Sham Visa, Hady Mirza, Jatt Ali, Nurfatima, Naqiu Boboy dan One Nation Emcees. Setiap peserta bakal diberikan dua buah lagu tugasan iaitu secara solo dan ” B4ttle “. Persaingan yang dijangka seng1t oleh peminat seluruh tanahair.

Di bawah adalah senarai lagu tugasan konsert akhir Gegar Vaganza Musim Keenam :

Senarai Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza 2019 ( GV2019)

1. Hady Mirza – Ku Bersuara ( Ernie Zakri )
2. Naqiu Boboy – Srikandi Cintaku ( Bloodshed )
3. Jatt – Without You ( Harry Nilsson )
4. One Nation Emcees – Melompat Lebih Tinggi ( Sheila On 7 )
5. Nurfatima – Insan ( Yantzen )
6. Sham Visa – Haruskah Diuji ( Farish )

Lagu Pusingan Battle:

1. Naqiu & Hady Mirza – Haa Tepok ( MeerFly ft MK K-Clique & Kidd Santhe )
2. Nurfatima & One Nation Emcees – In The End ( Linkin Park )
3. Sham Visa & Jatt – Angguk Angguk Geleng Geleng ( Ahli Fiqir )

Dibawah adalah senarai Pemenang Gegar Vaganza Musim Keenam :

Tempat Keenam : Sham Visa – Hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pakej percutian

Tempat Kelima : One Nation Emcees – Hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi dan pakej percutian

Tempat Keempat : Nurfatima – Hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi dan pakej percutian

Tempat Ketiga : Jatt Ali – Hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi dan pakej percutian

Tempat Kedua :  Tiada

Tempat Pertama : Naqiu dan Hady Mirza (Pemenang bersama) – Hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi dan pakej percutian, pakej pengubahsuaian rumah

Tahniah kepada Naqiu dan Hady Mirza dan semua pemenang. Wahh tak pernah lagi GV ada 2 juara macam ni. Memang mengej0tkan ramai. Kepada yang tidak berjaya, jangan berput0s asa kerana kesemua yang layak ke konsert akhir adalah juara pada diri masing-masing.

Tiada kemenangan tanpa kegag4lan dan pasti diwaktu yang telah di tetapkan Allah, ada kemenangan lain yang telahpun disusun untuk semua.

Moga pentas Gegar Vaganza menjadi titik permulaan baru dan mengembalikan semula era kegemilangan masing-masing di dalam industri muzik. Teruskan perjuangan mencipta nama dan perbaiki mutu persembahan agar menjadi penyanyi yang serba boleh dan berkarisma.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube Astro Gempak, IG Gegar Vaganza Official by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..