” Semoga tahun ni Lara dapat hadiah adik hehe.. ” – Netizen
Awal Ashaari Berkongsi Video Nyanyiannya Sempena Hari Lahir Anaknya, Lara Alana. Peminat Doa Lara Dapat Jadi Kakak Tahun Ni. Happy Birthday Lara !!
Lara Oh Lara merupakan rancangan televisyen pertama bagi Lara Alana Binti Ahmad Awaludin atau lebih dikenali dengan nama timangan Lara ini. Lara Alana merupakan cahayamata sulung pasangan pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Lara Alana merupakan antara anak selebriti tanahair yang terkenal di laman media sosial, Lara memiliki akaun instagramnya sendiri dengan jumlah 4 juta pengikut. Sejak awal kelahiran lagi Lara sudah mendapat perhatian daripada media dan juga netizen.
Peminat yang mengikut Lara di laman instagram miliknya sentiasa terhibur melihat keletah comel kehidupan Lara, aktiviti harian Lara di rumah, di luar dan di sekolah bersama rakan-rakan serta celoteh lara yang fasih berbahasa Inggeris dan senyuman manis yang tidak pernah lekang di bibirnya.
Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014 dan hari ini 22 Julai 2020 merupakan hari lahir Lara yang ke 6 tahun. Menjengah ke laman instagram miliknya kita dapat melihat video Daddy Lara menyanyikan lagu hari lahir buat Lara semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Mari kita lihat video yang dikongsi ini bersama :
Sempena hari lahir Lara hari ini, Lara menerima pelbagai ucapan dan doa daripada peminat-peminatnya. Antara ucapan dan doa yang diberikan ialah :
” Happy birthday to you laraaa, semoga mnjdi anak yg solehah dan sntiasa diberkati Allah swt.. Stay blesses, stay happy and Lotsaaaa love.. “
” Happy birthday clever girl, Aunty doakan Lara sentiasa berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak yang solehah. Ikut cakap mummy n daddy. Love to watch your journey lara.. “
” Happy Birthday Sweet Lara, stay cute Lara semonga dilindungi Allah.. Semoga tahun ni Lara dapat hadiah adik hehe.. ”
” Happy 6th Birthday Princess Lara. Have a great day and may all your dreams come true.. love you soo much gorge00us.. “
” Awwwwwwww happy birthday Lara. Allah bless you anak baik.. be a nice girl to your parents. May god bless U.. “
” Happy birthday to you Lara, yeyy it’s your day. Semoga Lara sihat, ceria sentiasa dan menjadi anak yang solehah.. “
Alahaii sekejap je Lara dah berumur 6 tahun, rasa baru je tengok Lara masa baby. Apa pun kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir yang ke 6 tahun buat Lara Alana Binti Ahmad Awaludin. Semoga Lara membesar dengan sihat, bijak, cerdik dan menjadi anak yang solehah. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lara Alana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..