” Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya.. “

Dato’ Aliff Syukri Mohon Doa Kepada Semua, Untuk Datin Shahida Semoga Selamat Bersalin.. 

Siapa tidak kenal akan usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri  iaitu pengasas AS Legacy dan isterinya Datin Shahida. Mereka dikhabarkan akan menimang cahaya mata yang kelima pada Disember 2019 ini. Dato Aliff  juga merupakan anak ketiga Pengasas Jamu Ratu Malaya Rozita Ibrahim.

Selain sebagai usahawan, Dato’ Aliff  pernah merakamkan lagu single Abang Nak Tegur , Biar Apa Orang Kata, Bobo Dimana (duet bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna),  Agama Kedamaian (duet bersama Datin Shahida) dan Selawat Dodoi Anakku (duet bersama  Datin Shahida).

Beliau mendirikan rumah tangga diusia 20 tahun dengan rakan sekerjanya, Datin Shahida yang dua tahun lebih tua. Sehingga kini pasangan ini telah dikurniakan anak seramai empat orang cahaya mata  iaitu Ammar Ahyan , 11, Qadejah El Zahra, 9, dan Ibraheem Adham,7, dan Yussoff Al Qardawi,1. Selain daripada anak kandung, pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia 2 tahun.

Terkini, menerusi instagram milik Dato’ Aliff, beliau telah berkongsi satu gambar, dimana sekarang beliau bersama isterinya, Datin Shahida berada di sebuah pusat perubatan. Datin Shahida kini sedang menghar0ngi detik untuk bersalin anak yang ke 5.

Baca perkongsian tersebut dibawah :

” Doakan @shahidadherbs selamat .. melahirkan.. #harumansyurga Dan dipermudahkan proses kelahiran jangan lama sangat dan jangan sak1t sangat nanti saya yang kesian.. “

Rata-rata netizen juga turut mendoakan Datin Shahida untuk urusan bersalin tersebut. Antara komen-komen tersebut :

” Semoga dipermudhkan segalanya.. Aamin.. “

” Semuga selamat melahirkan dgn mudah dan di Rahmati Allah. mendpt anak yg sholeha.. “

” Semoga selamat semuanya.. “

” Semoga dipermudahkan dato & datin. Dan mendapat anak yang soleh dan solehah .aamin.. “

” Wah! Semoga dipermudahkan.. “

” Semoga selamat melahirkan, sihat ibu dan baby.. “

Wah dah nak bersalin ! Semoga segala urusan dipermudahkan. Kami dari Berita Kopak juga mendoakan semoga urusan Datin Sahida bersalin pada hari ini dipermudahkan, selamat kedua-duanya dan semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato Aliff Syukri, Datin Shahida by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..