” Selamat Hari Lahir Makku Sayang. Mak nak hadiah apa ? “
Ucapan Sweet Hari Lahir Dato’ Aliff Syukri Buat Bonda Rozita, Namun Respon Bonda Amat Mengej0tkan. Dah Kenapa Tu Bonda !!
Nama Dato’ Aliff Syukri dan Bonda Rozita Ibrahim bukanlah nama asing di Malaysia. Dato’ Aliff yang terkenal dengan tagline Abang Terlajak Laris itu merupakan pengasas kosmetik D’Herbs dan sudahpun bertaraf jutawan. Manakala Bonda Rozita adalah pengasas kosmetik Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya.
Umum mengetahui menantu kesayangan Bonda, Datin Shahida baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan dan mereka berdua memilih untuk menamakan bayi itu Raudhah Arshiyah. Namun nama tersebut tidak berapa dipersetujui Dato’ Aliff yang mana meluahkan ketidakpuasan hatinya itu di laman Instagramnya.
Terkini Dato’ Aliff memuatnaik satu ucapan harijadi kepada bonda tercintanya itu dengan ucapan yang penuh bermakna dan penuh kasih sayang. Ikatan kekeluargaan mereka selalu menjadi inspirasi pada peminat-peminat. Walaupun Dato’ Aliff seringkali membuatkan ibunya itu mar4h namun jauh disudut hati sayangnya tak pernah berkurang.
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff Syukri dilihat memuatnaik satu kapsyen mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat bondanya yang tercinta itu. Ucapan yang tulus ikhlas namun terselit unsur jenaka mencuit hati netizen.
Siap diminta bantuan netizen untuk sampaikan wishnya itu di laman Instagram bondanya. Gad0hnya bersama Bonda tentang nama bayi barunya belum habis.
Jom baca kapsyen di bawah :
” I love u until jannah @bondarozitaibrahim Walaupun kita selalu berbeza pendapat dan selalu bergad0h tapi saya tetap sayang mak sampai mat1 I love you mak (Tolong pergi dekat Instagram emak saya dan cakap dekat dia Alif Syukri wish birthday dia ).. “
Rata-rata netizen nyata terhibur dengan gelagat dua beranak ini. Yang lagi menarik apabila kapsyen Dato’ Aliff dibalas oleh Bonda di ruangan komen :
” Mak xnak layan “ mer4juk “ selagi tak daftarkan nama Raudah Arshiyah tu.. Anggap tu hadiah untuk Mak .. Ko jangan cari mak malam ni .. Mak tak nak ko datang “ mer4juk” dan start post kt IG protes..!!.. “
Antara komen-komen netizen :
” Ayat yang last tu yang paling tak tahan tuuu.. “
” Terbaik dato’doa seorang anak kepada ibunya!.. “
” Happy birthday bonda. Bonda nak hadiah cucu nama raudah arshiyah.. “
” Happy birthday @bondarozitaibrahim moga di berikan kesehatan yang baik dan berbahagia disamping orang-orang yang tersayang.. “
” Antara tip dato boleh kaya. Ni la dia. Sayang mak dan bagi segala apa yang mak ayah mahukan. Allahu.. “
” @aliffsyukriterlajaklaris hadiahkan barang yang paling bonda suka bukan beg LV benda yang mahal mahal.. Bonda cukup tak suka…hihihi.. “
Sweet betul telatah Bonda dan Dato’ Aliff Syukri ni. Walaupun sering berbeza pandangan, namun hubungan erat dan kasih sayang yang menebal dijiwa mereka sememangnya terang nyata kelihatan apabila mereka bertemu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Bonda Rozita diberikan kesihatan dan umur yang panjang, selamat hari lahir Bonda Rozita.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..