” Comelnya Janna.. Tingkatan berapa ni ? “

Gambar- Gambar Janna Nick Meraikan Ahli Kelab Peminatnya, Janna Nicker Bertemakan ‘ Back To School ‘ Mencur1 Perhatian Netizen. Wah, Teman Lelaki Janna Pun Handsome Pakai Uniform Sekolah !!

Pelakon dan pengacara berbakat iaitu Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Usia Janna pada ketika itu sekitar 5 hingga 7 tahun.

Namun beliau mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya. Janna merupakan salah seorang artis yang cemerlang dalam pelajaran namun kerana minatnya terhadap bidang seni, beliau kembali setelah tamat persekolahan.

Janna banyak memenangi anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni. Antaranya Aktres Pilihan selama dua tahun berturut-turut dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan 2019. Yang paling terbaharu ialah Anugerah Artis Versatil Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019.

Menerusi akaun Instagram, Janna berkongsi gambar-gambar sekitar majlis meraikan kelab peminatnya iaitu Janna Nicker Official Fan Club yang diadakan pada 22 Disember bertempat di Forest Valley Hall, Cheras, Selangor. Bertemakan kembali ke sekolah, Janna dan semua ahli-ahli kelab Janna Nicker berpakaian sekolah sepenuhnya.

” A day withΒ @janna_nicker. Anak-anak I yang tua teringin nak pakai baju sekolah! Kita bagi kan je lah !Β  Happening giler ! Thanks semua Β love you guys so much.. “

View this post on Instagram

#JNBACKTOSCHOOL A day with @janna_nicker πŸ’– Anak-anak I yang tua teringin nak pakai baju sekolah! Kita bagi kan je lah ! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Happening giler ! Thanks semua 😘 love you guys so much ❗️ 𝐕𝐄𝐍𝐔𝐄 π…πŽπ‘π„π’π“ π•π€π‹π‹π„π˜ 𝐇𝐀𝐋𝐋 @forestvalleyhall πƒπ„π‚πŽπ‘π€π“πˆπŽππ’ @gojestent @nazdecosurprisedelivery 𝐅&𝐁 α΄€ΙͺΚ€ Κ™α΄€ΚŸα΄€Ι΄Ι’ : @katering_air_balang_jom_juice Ιͺᴄᴇ ᴄʀᴇᴀᴍ : @rayyanlicious_ π†πŽπŽπƒπˆπ„π’ @laceputih π‚π€πŠπ„ @tjcakenpastries #sayangketatsendatpadat #jnbacktoschool

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Rata-rata peminat memuji kecomelan Janna menyarung pakaian sekolah. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya Janna.. Tingkatan berapa ni? “

” Waa.. Syoknya.. Alahai, budak cina ke ni ? “

” Seronok eh party ye.. Pengetua tkde.. “

” Kiut nak mamp0s oit.. “

” Comelnya Janna dan Dini pakai baju sekolah.. “

” Ini la yg dikatakan ambil UPSR blk sbb tak pass.. “

Lagi gambar-gambar sekitar majlis tersebut :

Janna antara artis yang tidak pernah sesekali somb0ng, jauh sekali termakan pujian dan populariti yang dikecapi. Ini boleh dilihat dari segi keakraban beliau bersama-sama peminatnya ketika sambutan meraikan ahli-ahli kelabnya ini. Semoga Janna lebih berjaya dalam bidang industri hiburan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Janna Nick, Janna Nicker by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..