” Selamat hari lahir Dato’ AC. Serius lah Dato’ dah 50 ? ” – Netizen

Video Kej0tan Hari Lahir Dato’ AC Mizal Daripada Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Raih Perhatian Peminat. Wah, Bertuah Sungguh Dato’ AC Dapat Hadiah Istimewa Daripada Pengantin Baru. Kek Pun Cantik Sangat !!

Pada tanggal 21 Disember merupakan hari lahir pelakon dan pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal. Pada tahun ini genaplah usia Dato AC 50 tahun. Walaupun begitu penampilan Dato’ AC tetap nampak muda dari usianya yang sebenar.

Meninjau ke akaun Instagram, satu video yang memaparkan kej0tan istimewa daripada pasangan pengantin baru iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose untuk Dato’ AC telah dikongsikan. Mereka telah datang ke rumah Dato’ AC dengan membawa kek dan juga hadiah.

Video yang berdurasi lebih 5 minit ini telah direkodkan oleh Datin Emylia Rosnaida. Pada awalnya, Datin Emylia memanggil suaminya dengan menyatakan tukang paip datang untuk membaiki tandas yang r0sak.

Namun apabila Dato’ AC turun, dia telah dikej0tkan dengan ucapan hari lahir daripada pasangan pengantin baru ini. Mereka juga turut memberi hadiah kepada Datin Emylia walaupun ia merupakan hari lahir Dato’ AC.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan hari lahir kepada Dato’ AC. Antara komen-komen yang diberikan leh netizen :

” Happy birthday dato AC… Akak perhatikan ramai yg sayang dato AC. . Alhamdulillah. Btl lah Ramai yang ckp uqasha ni pemurah.. “

” Selamat hari lahir Dato Ac.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.. Serius lar dato dh 50???. Nmpk cm bru 35.. “

” Jgn laa cepat tua dato belum ada pengganti pengacara terbaik nii.. happy birthday.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. Sweet 50an.. “

” Hppy brthday dato ac… semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki… semoga sukses selalu apa dilalui… semoga Allah s.w.t permudahkan urusan dato.. “

” Awwww , supr1se from lovebirds.. Happy birthday Dato AC, semoga diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki, Amin.. “

” Kamal dan Qasha orgnye baik sangat Alhamdulillah di kelilingi dgn org2 yang baik juga.. semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.. Happy Birthday.. “

” Happy birthday dato ac semoga murah rezeki diberikan kesihatan yg baik amin.. macam bawa hantaran pula.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Dato’ AC Mizal. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG AC Mizal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..